Pengalaman Menginap Hotel STEG Kuala Lumpur | Selepas hadir kursus di Park Inn by Radisson, pada November 2022 saya sekali lagi hadir kursus rasmi - masih lagi di Kuala Lumpur. Kali ini saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam sahaja dari Johor.
Hotel STEG Kuala Lumpur
Pada kebiasaanya, hadir kursus bersekali pakej penginapan. Setelah melakukan rujukan, saya ambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam sahaja untuk perjalanan. Hotel STEG Kuala Lumpur terletak di Jalan Tiong Nam, berhampiran sahaja dengan stesen LRT PWTC atau Stesen LRT Sultan Ismail. Turun bas di TBS, ambil LRT hala Sentul Timur.
Pada 2014 - 2015, saya rasa cekap sangat rutin ini sebab banyak kali juga hadir mesyuarat di ibu pejabat MARA berkaitan persijilan MS ISO 9001, tapi bila dah lama terpaksa juga tanya orang awam - lupa dan tak ingat. Turun di stesen LRT Sultan Ismail, berjalan dalam 10 minit dah sampai ke hotel.
Tema Hotel
Saya pun taktahu sangat nak describe, maybe gabungan moden dan vintaj. Kalau ikut website rasmi, tema hotel adalah butik hotel. Ya, bagi saya unik. Di ruang lobi ada vespa 2 unit nampak seakan vintaj, hiasan dinding dengan aura seni di samping tak ketinggalan rekaan moden. Bagi yang minat untuk bergambar, memang instaworthy (harap betul la istilahnya).
Bilik Penginapan
STEG Hotel menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan. Bermula dengan Swanky Single sampai la Suite The Love Nest. Pilihlah ikut kesesuaian dan kemampuan. Risau kalau menginap di suite, rasa tak sampai hati pula tinggalkan bilik. Hehe.. Sebagai peserta kursus, menginap di Swanky Twin pun dah ok. Bukannya selalu di bilik, tapi di bilik seminar.
Boleh rujuk keterangan berkaitan bilik: Rooms and Suites STEG Kuala Lumpur
Yang menarik, pihak hotel tidak menyediakan botol air mineral pada seperti lazimnya di dalam bilik, tetapi menyediakan air bertapis di hallway setiap aras.
STEG Kuala Lumpur adopts eco-conscious lifestyle where plastic drink bottles in every room has been replaced with reusable glass bottles. Guests may collect drinking water from the water dispensers located at the hallway of each floor of the room.
Pendekatan yang praktikal bagi saya. Yelah kadang - kadang air mineral dah buka separuh, terus buang. Pembaziran air juga berlaku. Dan yang paling penting, menyokong usaha mengurangkan penggunaan plastik.
Fasiliti Tambahan
1. Sweat @two (gymnasium)
Kebetulan pada hari saya berkursus, ada kumpulan muay thai yang menginap di hotel sama. Nampak la mereka melakukan senaman. Saya masih tak berkesempatan nak mencuba benda percuma ni. Kursus dan tidur di bilik sahaja melayan World Cup.
2. The Red Pool
Jarang sangat tengok kolam mandi warna selain biru. STEG Hotel mengubah tipikal kolam mandi kepada warna merah. Saya hanya memandang dari kejauhan sahaja. Hahah
3. Meeting & Event
Kalau lah hotel ini makanan, meeting dan event room lah lauk utama. Saya suka meeting room berada di aras 2, senang untuk keluar masuk. Taklah macam hotel sebelum ni, meeting room aras 8. Huhuh.
Restoran / Cafe
Dari segi kapasiti, saya rasa untuk peserta kursus dalam 30 - 40 orang, ok kot. Makanan bagi saya quite fair lah. Seperti artikel review sebelum ini, selera saya agak terhad. Jadi saya tak komen lebih berkaitan makanan. Jika anda menginap untuk sekadar tidur, pergilah cari makanan sedap - sedap di kota sana.
Dari segi kapasiti, saya rasa untuk peserta kursus dalam 30 - 40 orang, ok kot. Makanan bagi saya quite fair lah. Seperti artikel review sebelum ini, selera saya agak terhad. Jadi saya tak komen lebih berkaitan makanan. Jika anda menginap untuk sekadar tidur, pergilah cari makanan sedap - sedap di kota sana.
Penutup
Menginap untuk tujuan kursus 3 hari 2 malam, saya rasa hotel ini memberi kelainan dari segi konsep, ketenangan dan view yang cantik juga dari jendela bilik. Oh ya, cuma ruang parkir yang terhad dan berhadapan dengan taman perumahan. Jadi trafik agak aktif juga di hadapan hotel. Tapi saya kan menaiki kenderaan awam, so no big deal.
0 comments