Pening kepala bila memikirkan untuk mengecat semula warna kenderaan. Modal kasar juga untuk mengecat semula jadi perlukan pemilihan yang teliti supaya puas hati dengan hasilnya. Yelah nak pandang hari - hari bukan boleh tukar cat seminggu sekali.
Restore Kereta Pertama: Civic Ferio 92 - 95 (EG9)
Kereta pertama telah hampir 12 tahun bersama saya. Sudah tentu warna asal pada 2011 dahulu telah pudar dan ada bahagian yang telah saya tukar seperti fender, bonet hadapan dan rear bumper. Saya mahu jadikan ia seperti kereta asal pada 1992 dahulu. Kata - kata popular, "standard itu indah".
Sesungguhnya, untuk restore dan bela kereta lama ni sangat menguji kesabaran. Tapi istilah "kereta pertama" membuatkan jentera ini sangat bernilai dan mempunyai sentimental value yang sukar digambarkan melalui penulisan.
Tersadai Sebelum PKP
In fact, kereta saya tersadai daripada 2019 lagi. Bermula daripada episod wiring, engine leaked dan banyak lagi part mekanikal yang perlukan gantian dan pembaikan. Kebetulan pula 2020 boleh kata sepanjang tahun dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi kereta ini seakan menghampiri penamat riwayatnya.
2021, saya nekad untuk kembalikan keceriaan dan keghairahan EG9 ini. Agak lama juga di bengkel dan menelan kos pembaikan dengan jumlah yang agak besar juga. Mac 2022 kereta kembali di tangan, namun tak berlaku seperti yang diharapkan. Saya agak kecewa dan sekali lagi hampir berputus harap tetapi bila mengenangkan telah banyak berkorban, saya menaruh harapan semula.
Februari 2023, saya sekali lagi mencuba dengan bengkel lain pula. Alhamdulillah, tak berapa lama dari itu, EG9 saya kembali meredah highway. Sehingga saya menulis artikel ini, kereta saya berada di fasa akhir pengecatan semula. I'm so excited right now!
Kod Warna Civic Ferio 92 - 95 (JDM)
Saya mengambil masa yang lama untuk memilih warna cat kereta baharu. Sebenarnya sehingga hari saya bawa kereta ke bengkel cat saya masih berbelah bahagi. Akhirnya, saya memilih warna Harvard Blue Pearl code B63P. Warna yang saya rujuk dari katalog asal Civic Ferio 92 - 95.
Berikut saya senaraikan colour code yang tersenarai dalam katalog.
Frost White - colour code NH-538
Harvard Blue Pearl - colour code B63P
Phantom Gray Pearl - colour code NH561P
Milano Red - colour code R81
Pewter Gray Metalic - colour code NH537M
Lausanne Green Pearl - colour code G71P
Kembali ke era 90an
Kereta ikonik era 90an dengan teknologi VTEC, kini menjangkau umur melebihi 30 tahun. Dari segi performance, saya tidak berminat untuk mengubahsuai terlalu ketara. Boleh kata majoriti semua nadi enjin masih kekal dengan part asal. Sekali sekala menghilangkan rasa mengantuk di lebuhraya, boleh lah tekan sikit - sikit.
Sampai di sini sahaja. Wajah terkini EG9 saya update di artikel akan datang.
0 comments