Pasukan Kurratun Nar, juara Liga Super Asrama 2003, SASIS
Alhamdulillah, ini tahun ke 14 saya menulis blog. Bermulanya blog ini hanya beberapa bulan sebelum saya memulakan perkhidmatan dengan MARA. Walaupun jumlah posting untuk tempoh 2 tahun kebelakang ini sangat terhad, namun sebagai penulis saya masih melihatnya hampir setiap hari.
2023: Cabaran Baharu
Sudah pasti masuk tahun baharu, dengan membawa semangat dan azam baharu tetapi tidak dilupa juga dengan cabaran - cabaran sedia ada mahupun yang bakal menanti. Saya tidak menetapkan sebarang sasaran yang spesifik cuma mengharapkan semuanya bakal baik - baik belaka.
Kerjaya
2 November 2022 genap 13 tahun berkhidmat dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA). Suatu jangka masa yang mematangkan dalam perkhidmatan. Saya cuma mengharapkan dapat terus menabur bakti kepada bumiputera dengan semangat dan motivasi tinggi.
Keluarga
Adira bakal menginjak usia 5 tahun. Ini kali pertama Adira akan meneroka pengalaman untuk pra-sekolah. Sejak lahir Adira tak pernah dihantar ke mana - mana pusat asuhan. Exciting moment bagi saya, ciktom dan Adira sendiri.
Nostalgia
Berkaitan nombor, 2023 menandakan 20 tahun saya telah meninggalkan zaman persekolahan. Pastinya telah banyak perbezaan jika dibandingkan dengan sistem pembelajaran masakini. Tapi 20 tahun itu cuma nombor, kenangan masa lalu rasanya masih segar dalam ingatan terutama SPM dan bolasepak Liga Super Asrama 2003.
Penutup
Sebagai penulis, saya juga sentiasa mengharapkan pembaca juga mempunyai perancangan dan persediaan untuk dilaksanakan pada tahun 2023 ini. Saya doakan anda juga mencapai tahun yang indah dan gemilang untuk tempoh 365 hari mendatang.
0 comments