Touch n Go memperkenalkan siri kad baharu dengan ciri terkini Near Field Communication (NFC). Teknologi NFC ini membolehkan penghantaran data secara wireless melalui aplikasi Touch n Go e-wallet (peranti terpilih) tanpa perlu ke kiosk tambah nilai.
Enhanced Touch 'n Go Card (NFC Technology)
Berikut saya senaraikan beberapa perkara penting yang anda perlu tahu berkaitan kad Touch n Go baharu dengan teknologi NFC.
Perbezaan Kad TnG vs Enhanced TnG
Paling ketara, teknologi baharu ini allows untuk tambah nilai bila - bila masa, di mana sahaja secara contactless, cashless dan kemudahan gaya hidup baharu melalui e-wallet Touch 'n Go.
Selain itu juga, pengguna boleh:
- Semak baki melalui e-wallet
- Tambah nilai kad TNG menggunakan baki e-wallet
- Transaksi pembelian melalui e-wallet
Perbezaan Kad TNG lama dan TNG NFC baharu. Sumber
Cara Beli Kad Touch 'n Go NFC
Anda ada banyak pilihan untuk mendapatkan kad ini. Cuma buat masa ini, kad adalah terhad dan terdapat sedikit kesukaran untuk memilikinya. Cuma apa yang saya boleh katakan jika tidak mendesak pakailah dulu kad sedia ada. Stok untuk kad baharu ini masih sangat limited.
Kaedah 1: Pembelian Atas Talian
Pengguna boleh ikuti langkah berikut:
- [Buka halaman utama e-wallet] > [klik ikon TNG Card]
- Klik "Touch 'n Go Card/Check Status"
- klik butang "Order Now"
- Teruskan dengan transaksi bayaran "RM10"
Atau boleh sahaja menggunakan pautan ini >> Beli Kad TnG NFC
Cara Beli Kad Touch 'n Go NFC
Kaedah 2: Pembelian di Stesen Minyak Terpilih
Pengguna boleh membuat tinjauan stesen minyak terpilih melalui pautan berikut:
Cara Link Kad Touch 'n Go NFC dengan e-wallet
Cara untuk mengaktif dan membuat pautan antara kad Touch 'n Go NFC dan akaun e-wallet adalah seperti langkah berikut:
- Pengguna boleh mengaktifkan kad dengan menekan icon "TNG Card" di aplikasi e-wallet
- Isikan maklumat kad secara manual ataupun fungsi imbasan (scan)
- Selesai pengisian maklumat, anda boleh tambahnilai dengan menekan butang "reload"
- Jangan lupa daftarkan kad anda di portal rasmi Touch 'n Go.
Isu Kad Touch 'n Go NFC
Ada dua (2) isu saya cuba highlightkan dalam artikel ini iaitu:
- kad terhad - stok asyik habis di laman e-dagang mahupun stesen minyak petrol
- hanya telefon pintar tertentu sahaja yang boleh mengimbas kad Touch 'n Go NFC
Pengalaman Menggunakan Kad Touch 'n Go NFC
Secara peribadi, penggunaan kad ini sangat memudahkan terutama apabila untuk menyemak baki kad dan kemudahan tambah nilai yang fleksibel. Cuma imbas kad di belakang telefon pintar sahaja, transaksi boleh dilakukan semasa memanaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan.
Secara peribadi, penggunaan kad ini sangat memudahkan terutama apabila untuk menyemak baki kad dan kemudahan tambah nilai yang fleksibel. Cuma imbas kad di belakang telefon pintar sahaja, transaksi boleh dilakukan semasa memanaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan.
Kad touch n go dan plusmiles yang telah tidak aktif
Sebelum ini, saya menggunakan kad plusmiles dan 6 kali juga saya dapat tebus mata ganjaran dengan item - item yang disenaraikan. Disebabkan kad ini tamat tempoh, maka saya gunakan kad baharu dari Touch 'n Go dengan kelebihan teknologi NFC.
Nota kaki:
Pelancaran kad Touch 'n Go limited edition United Voice
Pelancaran kad Touch 'n Go limited edition United Voice
0 comments