Setelah hampir 2 tahun saya menggunakan kasut futsal Adidas Sala, (tak sampai 2 tahun pun kalau ikut jumlah penggunaan) saya kembali menggunakan kasut futsal dari jenama Nike seperti edisi - edisi sebelumnya.
Kenangan Bersama Adidas Sala
Suku ketiga 2020, Saya menukar angin menggunakan kasut futsal jenama Adidas dan bersedia untuk mengharungi tournament futsal peringkat organisasi. Dalam cabaran tersebut, saya meledak 5 gol untuk 4 perlawanan. Namun terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 daripada 5 pasukan bertanding.
Pada peringkat awal, saya rasa OK sahaja. Cuma bila saya kerap bermain di hujung minggu saya merasakan kasut futsal Adidas Sala ini tak memberikan kepuasan bila shooting atau long pass. Oleh sebab itu, saya buat keputusan untuk let-go pada rakan futsal.
Lebih Cocok dengan Nike
Model terbaik yang saya pernah pakai dan berbaloi adalah Nike5 elastico. Cuma rasanya dah takde pengeluaran baharu masa sekarang. Model kasut futsal Nike5 tu rasa melekap di kaki dan ringan untuk buat hayunan.
Akhirnya saya buat keputusan kembali menyarung model kasut futsal Nike, Mercurial Vapor 15 Club. Kaki saya lebih cocok dengan jenama Nike. Nak seragam dengan kasut bola padang, saya ambil model hitam legam ni. Harga RM225.00.
Lagi pula, model ini Nike kategorikan antara model yang menggunakan tagline "Move to Zero" iaitu produk tersebut menggunakan sekurang - kurangnya 20% bahan kitar semula (by weight). Bagus juga kan ada inisiatif untuk mengurangkan waste dan carbon footprint.
Tentang Pilihan
Ringkasnya, hidup kita ini sementara sahaja. Bila berbicara tentang pilihan, choose what makes you feel good. Yes, you! Kita boleh ambil dengar pandangan orang lain tetapi akhirnya kita yang memilih. Jika tersalah pilih, bukanlah juga sebagai pengakhiran. Selagi ada masa dan kemampuan, ubah dan buat pilihan baharu yang lebih sesuai dan matang.
Semua orang pun tidak tahu adakah pilihan yang diambil sekarang adalah yang terbaik. Kita akan dapat rasa dan tahu setelah melaluinya. Macam saya pilih Nike sebab saya dah rasa 3 model kasut futsal Nike sebelum gatal nak guna Adidas Sala! Huh,
0 comments