Pengalaman menginap hotel Park Inn by Radisson Putrajaya, Kajang | Selepas melalui fasa pandemik, akhirnya pada 1 - 3 Ogos 2022 saya hadir tugasan rasmi di luar kawasan. Janggal juga nak sediakan keperluan untuk berkursus selama 3 hari setelah sekian lama berkursus depan komputer. Sumber gambar Park Inn by Radisson Putrajaya
Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya, Kajang
Bagi kursus yang perlu saya hadiri kali ini penginapan telah disediakan. Perkara pertama yang saya perlu tahu adalah di mana lokasi hotel dan akses paling mudah untuk sampai. Untungnya, hotel Park Inn ini sangat mudah hanya berhampiran sahaja dengan exit Kajang (PLUS). Jadi saya tak perlu risau perlu masuk ke laluan berliku dan mengelirukan di tengah bandar. My bad.
Kemudahan Bilik Penginapan
Berbeza dengan review saya sebelum ini, penginapan untuk kursus telah disediakan penganjur. Jadi ikut sahaja bilik yang telah ditetapkan. Bilangan peserta adalah bilangan ganjil jadi saya beruntung menjadi orang pertama check-in. Dapat pilih bilik seorang.
Park Inn by Radisson Putrajaya menyediakan 220 bilik dengan kelengkapan gaya moden. Terdapat 4 kategori bilik dengan keluasan yang berbeza. Jika anda mahukan extra space, boleh dapatkan bilik junior suite dengan keluasan 30 meter persegi.
|
Standard Room |
Kelengkapan asas yang disediakan dalam bilik adalah seperti berikut:
- free wi-fi (antara kelengkapan penting perlu ada masakini)
- Flat screen TV (saya tak sempat nak tengok TV pun)
- In-room safe
- kelengkapan asas biasa seperti air, minibar, seterika
- Magnifying Mirror
Saya suka betul magnifying mirror tu. Memang besar betul muka jadinya. Boleh nampak lah uban 2 - 3 urat. Mujur tak boleh tengok kuman di atas muka. Susah juga nak tidur dibuatnya kalau betul boleh nampak.
Bilik Mesyuarat / Perbincangan
Bilik mesyuarat atau perbincangan terletak di aras 8. Unik sikitlah agaknya. Pengalaman sebelum ni biasanya bilik event berada di aras bawah atau mungkin aras 2 dan 3. Strategi mengurangkan kekerapan peserta keluar untuk mengambil angin (baca: merokok) saya teka.
Kursus yang saya hadiri hanya melibatkan kurang dari 25 peserta termasuk penceramah. Jadi gunakan bilik kecil sahaja. Cuma bila ada aktiviti perbincangan di dalam kumpulan, saiz bilik yang digunakan adalah tidak sesuai. But no big deal. Bincang dan jalan terus sahaja.
Restoran / Cafe
Restoran terletak di ground level. Konsep moden. Saya ni kalau bab makan agak cerewet juga. Jadi mungkin penilaian saya adalah terhad kepada selera saya. Bagi sarapan pagi, kedua - dua hari saya layan nasi lemak. Sambalnya sedap.
Bagi lunch dan dinner, saya ni hanya makan ayam tidak kepada daging, ikan dan seafood yang lain. Ayam yang disediakan untuk sepanjang saya berkursus tu tiada satu masa pon ayam goreng. Jadi keropok ikan dan papadom sebagai penyelamat untuk digandingkan bersama nasi. Bersyukur lah. Ada pilihan untuk kedai makan di seberang jalan. Jalan kaki sahaja. Tapi saya pilih untuk makanan yang telah disediakan.
Penutup
Sebagai penutup, satu lagi part yang saya suka berkaitan fasiliti adalah ruang parkir kereta yang banyak di kawasan premis hotel. Cuma bayaran parkir tu agak seram juga kalau banyak jam. Bagi perserta kursus boleh dapatkan pengesahan di kaunter untuk mendapatkan harga RM3 kalau tak silap saya. Gym dan swimming pool tak masuk dalam kepala dah bila kursusnya bermula jam 8 hingga 11 malam.
Itu sahaja. Jika anda ada plan untuk menginap di hotel Park Inn by Radisson Putrajaya, boleh dapatkan maklumat penuh di website rasmi. Enjoy!