Saya melanggan perkhidmatan internet unifi sejak September 2020 sebaik sahaja kemudahan ini disediakan di kejiranan taman perumahan. Bertepatan pula waktu saya perlu bekerja dari rumah (BDR) dan memerlukan talian internet yang stabil. Namun untuk ruang kerja di tingkat atas (rumah 2 tingkat), capaian internet agak lemah dan tidak stabil di mana ruang tersebut agak jauh dari router.
Nota Ringkas: saya gunakan bahasa yang saya faham sahaja, maaf kalau salah info dari segi istilah teknologi.
Pengalaman Internet Lebih Baik Dengan Mesh Wifi
Pada awalnya, saya bekerja di ruang tamu di mana peranti kerja berhampiran dengan router. Untuk mencari tempat kerja yang lebih damai, saya berpindah ke bilik di tingkat atas. Nyata, capaian internet tidak stabil dan kadangkala mendatangkan rasa marah bila "online meeting" terhenti - henti. Saya mencuba wifi extender; maklumlah harga lebih murah.
Saya sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Saya ingatkan masalah sudah selesai, tetapi wifi extender tidaklah dapat menyelesaikan masalah capaian internet lemah di bilik tingkat atas. Setelah berkali - kali membuat perkiraan, saya sedia untuk dapatkan mesh wifi. Secara peribadi, sebenarnya banyak kali juga terima SMS dari unifi untuk mendapatkan mesh wifi bagi capaian internet yang lebih baik.
Apa itu mesh wifi?
Mesh wifi ini merupakan salah satu cara untuk memperluaskan lagi rangkaian wifi dirumah anda. Jika rumah anda besar, 2 tingkat atau lebih serta rangkaian wifi daripada modem unifi anda tidak dapat dicapai pada mana-mana sudut tertentu di rumah, maka mesh wifi merupakan satu penyelesaian yang terbaik.
Deco M4 tp-link
Saya melanggan dengan unifi untuk mesh wifi Deco M4 tp-link, bayaran RM15/bulan selama 24 bulan. Kaedah untuk setup agak mudah dengan bantuan panduan yang telah disediakan. Saat artikel ini ditulis, saya berpuas hati dengan pengalaman capaian internet setelah menggunakan mesh wifi. Semua tempat di dalam rumah mempunyai capaian internet yang stabil seperti yang dilanggan.
Cuma apa yang saya kena fikir, macamana untuk mengurus power cable, ethernet cable dan segala jenis cable lagi. hehe. Macam serabut sangat pulak bila banyak yang berselirat dalam satu tempat. Tengok sajalah gambar di bawah.
Bagaimana untuk mendapatkan mesh wifi?
Jika anda pengguna unifi tegar, anda boleh sahaja buat langganan di authorised dealer atau TM Point. Anda juga boleh dapatkan di website rasmi tp-link, atau anda boleh lihat aneka pilihan (seperti "area covers") di pautan shopee. Boleh pilih sendiri harga dan spesifikasi yang ditawarkan.
Selain dari ciri memberi pengalaman internet lebih baik di semua ruang rumah, ada ciri lain juga berkaitan Deco M4 ni tapi sebab saya tak pandai ulas, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut melalui pautan ini.
Itu sahaja kemaskini kali ini, kalau ada item yang best lagi nanti saya review. Kalau anda berminat juga untuk mendapatkan review seperti ini untuk produk anda, boleh bincang di ruangan "blogger contact".
0 comments