Terdahulu, saya ada menulis perkongsian 5 Kejutan Buat Isteri Tersenyum Lebar (merujuk kepada hadiah selepas melahirkan bayi). Kali ini saya ingin kongsikan pula 5 hadiah untuk suami. Hidup berpasangan bukan sahaja suami asyik memberi hadiah kepada isteri, tetapi boleh sebaliknya mengikut kemampuan.
Memikirkan hadiah untuk lelaki dan bergelar suami ini kadangkala serumit memilih hadiah untuk isteri juga. Jangan cemas, saya tidak memberikan anda idea yang sukar dilaksanakan sebaliknya saya memberi idea hadiah untuk suami yang evergreen boleh diberi walaupun tanpa ada apa - apa hari istimewa.
Dalam senarai ini mungkin ada barangan dengan tanda harga kayangan dan ada juga harga rakyat marhaen. Anda boleh pilih ikut bajet anda sendiri.
Hadiah Untuk Suami
#1 Dompet
Baru - baru ini Ciktom hadiahkan saya dompet baru. Alkisahnya dompet ni kan sekadar menyimpan kad bank dan beberapa kad utama seperti kad pengenalan dan lesen memandu. Duit yang ada pun kadang - kadang singgah sekejap sahaja. Jadi saya tidak terfikir untuk menukar baharu. Keadaan fizikalnya pon 85% masih elok.
Boleh kira saya menggunakan dompet itu pada hujung 2011. Hampir 10 tahun. Cuma kalau anda ingin memberikan dompet baharu, bincanglah terlebih dahulu dari segi spesifikasinya. Manalah tahu dah selesa dengan saiz dan susunan terdahulu, bila beli tanpa selidik takut nanti hadiah istimewa jadi gajah putih.
Saya selesa dengan saiz kecil 10.5cm x 8.5cm. Saiz ni agak susah juga nak jumpa sebab pada kebanyakannya saya tengok saiz 11cm x 9 cm. Ini contoh spesifikasi yang saya maksudkan. Selain dari saiz, saya juga memilih produk kulit asli (genuine leather). Eh cerewet kan? Saya doakan suami para isteri yang membaca artikel ini tidak cerewet dengan spesifikasi.
Saya sediakan contoh untuk anda; >>Dompet Kulit 10.5cm x 8.5cm<<
Dah beberapa tahun berkahwin pasti muak lihat suami pakai baju sama ke pejabat atau keluar bersiar - siar di hujung minggu. Hadiah baju kemeja atau baju polo ini amat sesuai bagi memberi alternatif kepada si pemakai.
Lagipun fesyen kemeja dan baju polo sentiasa berubah. Cuba sesekali beri kelainan samada menukar pilihan warna, jenis kain linen, atau boleh mencuba polo dengan kemasan mercerized cotton. Banyak juga rekaan baju dari jenama familiar yang kita dengar dan lihat dengan harga yang berpatutan. Kalau hendak beri betul - betul kejutan, boleh juga cuba dengan baju dari premium outlet.
Contoh hadiah Ciktom; baju polo dari jenama Crocodile.
Aksesori mudah untuk suami anda. Selain bergaya menahan cahaya matahari semasa bersiar - siar, boleh juga digunakan semasa memandu kenderaan untuk mengelakkan silau. Labur sedikit untuk mendapatkan kaca mata hitam yang mempunyai spesifikasi polarized.
Dalam senarai artikel saya, item ini satu - satunya Ciktom belum hadiahkan. hehe. Semasa bujang saya mengenakan kaca mata dari jenama Jeep dan pada 2020, rezeki saya mengenakan item dari jenama Rayban. Mungkin hanya baru 2 tahun, jadi tiada dalam perancangan Ciktom agaknya.
Koleksi saya lebih kurang macam ni lah, nama model dah tak ingat; kaca mata hitam Rayban
Tak seperti perempuan, lelaki jarang menambah koleksi kasut baharu, atau yang lebih teruk satu jenis kasut boleh pakai di mana - mana event. Ini saya tidak boleh buktikan melalui data spesifik tetapi lebih kepada andaian dan literature dari mulut ke mulut.
Jadi anda boleh hadiahkan suami anda seperti kasut untuk bekerja, kasut kasual malah boleh juga hadiahkan running shoes. Manalah tahu boleh menyunyik semangat untuk jogging dan mengamalkan gaya hidup sihat bermula dengan sepasang kasut!
Ini contoh kasut kasual yang saya terima; dari jenama XES. Jenuh juga pusing AEON Manjung nak dapatkan yang berkenan dan sesuai dengan kaki. Ada yang berkenan saiz dah habis, ada saiz ada defect pulak. Rezeki masing - masing.
#5 Jam tangan
Senarai yang terakhir ini juga merupakan aksesori mudah buat suami. Adakala lelaki tidak suka memakai aksesori seperti cincin dan jam tangan. Tetapi kalau anda berjaya pujuk, memang bertambah gaya la suami awak tu. Saya kategori tak suka memakai cincin tetapi suka bertukar - tukar jam tangan.
Ciktom pernah beri hadiah kotak khas untuk menyimpan koleksi jam tangan. Masa tu 5 daripada 6 slot dah di isi. Alhamdulillah rezeki tahun baru, Ciktom hadiahkan saya seutas jam tangan baru. Memang seronoklah boleh tambah koleksi.
Jam tangan ni dari definasi seorang collector, terlalu banyak varian. Umpama peribahasa hanya jauhari yang kenal manikam. Tapi bukan harga yang jadi penilaian, kan? Asal nama jam tangan, itu kira hadiah istimewa juga.
Ciktom hadiahkan jam tangan terbaru dari kedai ini. >>Jam Tangan<<
Sekadar gambar hiasan
Jadi bagaimana? Harap anda dapat idea untuk hadiahkan sesuatu yang istimewa pada suami anda tahun ini. Aminn.
0 comments