Setelah 3 tahun dipinjamkan ke Jabatan Kimia, akhirnya 1 Januari 2021 PR dapat semula pulang ke Jabatan asal, Diploma Gas, IKM Johor Bahru. Sememangnya PR memulakan karier di Diploma Gas pada 2009, dan diamanahkan untuk menggalas Ketua Jabatan Kimia bermula lewat 2017 dengan beberapa KPI untuk dicapai.
Nak kata sangat terbeban dengan dua tanggungjawab berbeza PR boleh katakan tidaklah terlalu mengganggu. Banyak perkara yang PR pelajari bagi kerja - kerja pengurusan sepanjang 3 tahun tersebut. Bila dah balik semula ke sarang asal, be like.. whoahh I'm coming home!
Gambar Hiasan saje |
Adat berpindah, pasti banyak benda yang berbeza. Perlu PR jelaskan di sini PR cuma berpindah antara jabatan sahaja bukan berpindah ke pusat lain, masih di Johor Bahru. Dari segi fasiliti, yeah PR lebih gemarkan duduk bilik seorang. Unit komputer (spec prestasi tinggi) dan mesin pencetak disediakan untuk Ketua Jabatan. Paling seronok masa Perintah Kawalan Pergerakan ni adalah online class - lebih privacy semasa di dalam bilik berseorangan.
Untuk di Jabatan Gas, semua pensyarah dikumpulkan dalam bilik pengajar yang sama. Jadi kalau buat online class serentak agak mengganggu sedikit. Tapi, itu bukan alasan untuk tidak melaksanakan amanah dengan sebaiknya.
Jadi sekarang, workstation PR sudah tidak berdebu lagi. Semuanya sudah ready untuk kerja - kerja yang lebih lancar. Talian internet telah dipasang, komputer juga telah disambungkan kepada printer gunasama. Cuma mesin tersebut tidak bersekali dengan fungsi pengimbas. PR kena gunakan aplikasi di telefon untuk mengimbas dengan lebih cepat dokumen - dokumen yang perlu dalam bentuk softcopy.
Tidak banyak untuk cerita di awal tahun. Jadi PR mulakan perihal kerjaya semoga tahun ini PR dapat terus memberi sumbangan terbaik seperti mana yang diamanahkan.