Hampir setahun (kali terakhir November 2019) baru lah boleh PR tebus mata ganjaran PLUSMiles. Item ke-empat yang PR tebus adalah Apacer 32GB USB 2.0 Dual Flash Drive. Tahun 2020 ini sedia maklum negara Malaysia memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac sehingga sekarang dengan beberapa pindaan. Jadi pergerakan agak terbatas dan kumpul mata ganjaran juga sedikit terbatas.
Apacer 32GB Dual Flash Drive |
Tebus Item Terpilih dengan Mata Ganjaran Kesetiaan PLUSMiles
Bagi pembaca yang terlepas entri terdahulu, PR pautkan semula berkaitan program ganjaran kesetiaan bersama PLUSMiles. Entri ini PR terangkan bagaimana untuk mendapatkan jam percuma dari PLUSMiles.
Mata Ganjaran vs Mata Ganjaran + Tunai
Melalui sistem penebusan terkini, anda boleh memilih untuk menggunakan mata ganjaran sepenuhnya atau pun mata ganjaran + wang tunai. PR memilih untuk menggunakan mata ganjaran sepenuhnya untuk menebus OTG Drive tersebut. Walaupun PR tak dapat menggunakan OTG tersebut sebab PR pengguna iphone SE, jadi PR hadiahkan sahaja kepada ciktom.
Sasar Pineng Powerbank
Sasaran PR untuk item kelima adalah powerbank. Mata ganjaran yang diperlukan adalah 9800 mata dan baki mata ganjaran dalam akaun PR adalah 2013 mata. Lama lagi tu nak bagi cukup. Sebulan maybe boleh dapat 600 - 700 mata sahaja kalau ikutkan perjalanan pergi balik kerja. Tapi tak apa benda percuma. Dapat apa pun tak kisah, cepat atau lambat sahaja.
Ok. Itu sahaja quick update. Lama tak mengarang macam tepu pulak.
0 comments