Cara ukur Wallpaper Dinding Cara Mudah
Pada entri lepas, PR dah kongsikan 3 Tips Pilih Wallpaper. Untuk kali ini, PR berkongsi pula cara mengukur wallpaper dinding yang diperlukan untuk ruang tertentu. Biasanya wallpaper ini dijual dalam bentuk gulungan cuma yang berbeza lebar dan panjangnya. Setiap pengeluar ada saiz masing - masing tapi bukanlah masalah besar.
Saiz lebar biasanya didatangkan dengan 45cm, 53cm dan 106cm. Lain daripada ini, PR tak pastilah. Panjang boleh jadi berbeza seperti 5m, 7.5m, 9.5m, 10 m dan 15m. Seperti contoh lepas, PR menyebut saiz bagi KoreaWallpaper adalah 106cm x 15m. Jadi untuk mengukur berapa gulung yang diperlukan untuk ruang tertentu, anda boleh merujuk panduan berikut.
Korea Wallpaper di Bilik Solat |
Pasang Wallpaper Bilik Lebar 13' (400cm) dan tinggi 10' (300cm)
Disebabkan saiz wallpaper menggunakan ukuran sentimeter (cm), maka PR akan gunakan ukuran cm pada penulisan berikutnya.
Saiz wallpaper 106cm x 15m
1. Tentukan bilangan baris, 400/106 = 3.77. Ini bermakna anda perlukan 4 baris. 3 baris penuh dan baris terakhir anda perlu potong sedikit.
2. 1 baris = 300cm, 4 baris = 1200cm.
3. Anda perlukan 1 gulung sahaja wallpaper dengan saiz 106cm x 15m.
Kalau di KoreaWallpaper, anda boleh gunakan kalkulator yang disediakan. Lagi mudah.
Saiz wallpaper 53cm x 9.5m
1. Tentukan bilangan baris, 400/53 = 7.57. Ini bermaknan anda perlukan 8 baris. 7 baris penuh dan baris terakhir anda perlu potong sedikit.
2. 1 baris = 300cm, 3 baris = 900 cm (1 gulung).
3. Anda perlukan 8 baris , 8/3 = 2.67 gulung = 3 gulung.
Cara Ukur Wallpaper Ruang Tangga
Bagi pemasangan wallpaper di dinding petak sebenarnya straight forward. Mungkin ada masalah sikit jika siling atau dinding tidak rata. Sikit sangat masalah tu. Untuk lebih mencabar sikit, mari pasang wallpaper di ruang tangga.
Ruang tangga adalah ruang dinding dengan kawasan menaik / menurun. Syukur kalau sudut menaik tangga adalah 45 darjah. Kalau bukan 45 darjah, dah jadi masalah untuk menentukan tahap kecondongan wallpaper untuk menaik.
PR merancang untuk memasang hiasan wallpaper di tangga dengan kemasan half-way wallpaper. Pembahagian di antara wallpaper dan dinding dipadankan dengan wainscoting 40cm.
Ukuran sudut menaik tangga adalah 38.945 darjah. Jadi leceh sedikit lah nak gunakan konsep trigonometri matematik dalam pengiraan ini. Kalau 45 darjah kan dah boleh guna guna bahagi dua daripada segiempat sama. Satu lagi cabaran adalah ukuran di kaki tangga.
Persediaan ruang sebelum melekat wallpaper |
Okeylah.
Progress memasang wallpaper di tangga |
PR pilih wallpaper saiz 53cm x 9.5m panjang. Tapi bila diukur sebenarnya, lebar wallpaper adalah 53.5cm. Tak perlu tindan atau potong, boleh terus repeat untuk baris sebelahnya. Semua ukuran untuk pasang wallpaper di tangga boleh tekan button di bawah.
DIY Ukur dan Pasang Wallpaper
PR bukan hendak menidakkan kerjaya tukang pasang wallpaper. Cuma PR berkongsi kalau anda ada masa dan minat untuk ukur dan pasang sendiri wallpaper di kediaman anda. Ini namanya dekorasi bajet. Kalau anda pasang sendiri barulah anda tahu harga upah pasang tu adalah berbaloi dengan kerjanya. Daripada mengukur, melekat dan melaraskan supaya wallpaper dilekat dengan tepat dan kemas, ia bukanlah kerja mudah.
0 comments