Dalam merancang kabinet dapur baharu untuk rumah PR, terselit juga keinginan untuk upgrade dapur gas untuk ciktom. Jadi semasa tempoh PKP, PR survey melalui kaedah atas talian sahaja. Ambil masa juga untuk membuat pilihan memandangkan banyak model dan spesifikasi di pasaran.
Rinnai Inner Flame RB-2GI (Sumber : website Rinnai) |
Dapur Gas Rinnai Jadi Pilihan
Pendekkan cerita, PR telah memilih rangkaian dapur gas dan penghisap asap (burner hood) dari jenama Rinnai. Kombinasi 2 appliances ini menerusi harga promo mix & match Rinnai yang berlangsung dari 1 April hingga 31 Julai 2020.
Spesifikasi Dapur Gas
Model : RB-2GI
Key Features
- 3.5kW gas input
- High heat efficiency inner flame
- tempered glass top
- cast iron pan support
- simmer control
- battery ignition
- safety device
Teknologi Inner Flame
Melalui laporan kajian dari Rinnai, kadar kecekapan haba sehingga 52% berbanding 40% bagi dapur gas biasa. Bila heat efficiency tinggi, proses memasak akan lebih cepat dan boleh menjimatkan penggunaan bahan api. Bila api menuju ke titik tengah kuali atau periuk, kurang lah haba terbebas ke persekitaran. Itu takrif penjimatan bahan api atau LP Gas.
LPG - Liquefied Petroleum Gas (Gas Petroleum Cecair)
Melindungi Dari Angin
Kadang - kadang kalau memasak dengan tingkap terbuka, risiko angin boleh memadamkan api sementara gas masih mengalir keluar. Inner flame boleh melindungi risiko angin untuk memadam api, dan jika sekiranya terpadam juga, dapur ini dilengkapi dengan safety device atau pengesan api. Flame sensor akan memberi isyarat untuk menutup injap gas sekiranya api tidak menyala. Jadi, ini sebuah gas appliance yang selamat!
Spesifikasi Penghisap Asap
Dah beli dapur gas cantik - cantik, mesti pair dengan cooker hood (penghisap asap). Yang ini, PR lebih tumpukan pada power suction. Design dan feature lain nombor 2.
Spesifikasi Cooker Hood
Model: RH-C119-SS 90 cm
Key features
- 850 meter cube per hour suction power
- mechanical button control
- aluminium mesh filter
- halogen light
- 3 speed settings
- oil cup
- Ventilaion / circulation
Melalui saranan Home Ventilation Institute, sekurang - kurangnya ambil suction power 100 cubic foot per minute (169 cubic meter per hour). Yang lain - lain tu features pilihan.
PR memilih model yang boleh internal circulation sebab malas nak tebuk dinding untuk outdoor ventilation. Model ini memerlukan charcoal mesh untuk memerangkap dan memulihkan udara yang berserta bau masakan. Charcoal mesh ini tidak boleh dibersihkan dan hanya perlu dapatkan set baharu untuk selenggaraan. Mesh filter boleh basuh dan bersihkan.
Set Dapur Rinnai Hadiah Hari Ibu
Set dapur dan penghisap asap ini siap dipasang sebelum ciktom habis berpantang anak kedua di Terengganu. Set dapur dan kabinet baharu ini merupakan hadiah Hari Ibu buat ciktom, yang selamat melahirkan bayi kedua, Indera lewat April 2020. Pemasangan kedua - dua perkakasan gas ini dipasang sendiri dengan bantuan rakan PR.
0 comments