Cat Yellow Chrome 36/108 Samurai Paint
Bersambung daripada perihal Projek Restore EX5 Part 1 yang terhenti gara - gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), projek memberi nafas baru kepada motor PR diteruskan semula. PR memilih warna yellow chrome 36/108 Samurai paint sebagai warna utama. Ada orang kata projek restore ni lebih kepada salin semula seperti kilang tapi PR taklah restore seperti kilang tapi memberi visual dan alat ganti baru sahaja.
Cover set baru, asal berwarna bluish pearl white |
PR menggunakan sepenuhnya produk Samurai Paint. Tips dan panduan memang ada dikongsi baik di laman page FB Samurai Paint dan juga laman web rasmi. Ada juga PR bertanyakan soalan dan admin FB memang sporting melayan soalan - soalan PR.
6 Panduan Asas Mengecat Motor Menggunakan Samurai Paint
Panduan ini dikongsikan menerusi FB Samurai Paint. Selain video, ada juga infografik yang menarik bagi membantu pengguna memilih dan menggunakan produk yang tepat bagi hasil yang terbaik.
Sumber : FB Samurai Paint |
Ini merupakan langkah pertama yang perlu dibuat sebelum proses mengecat. Gosok permukaan set samada body atau cover menggunakan kertas pasir gred kasar. Tips ini sama seperti menyediakan permukaan model plastik kit. Basahkan permukaan set sebelum menggosok. Selesai menggosok, bersihkan dengan air.
#2 Epoxy Surfacer Coat
Epoxy Surfacer (kod 2K04) berfungsi seperti simen untuk menutup kesan calar halus atau meratakan permukaan. Perlu diingat produk 2K ini didatangkan sekali dengan hardener, jadi bila dah aktifkan cat kena pakai habis dalam tempoh kurang 4 jam.
#3 Gosok
Apabila bahan kerja dah kering, gosok lagi dengan menggunakan kertas pasir halus gred 800 - 1000. Ini bagi melicinkan permukaan yang telah disembur surfacer (2K04). Cuci sehingga bersih dan keringkan sehingga tiada kesan air dan habuk.
#4 Undercoat
Biasanya pilihan undercoat ni samada putih atau hitam sahaja. Bergantung kepada warna topcoat. Ilmu baru bagi PR, team Samurai turut menyenaraikan warna silver dan flat black sebagai pilihan tambahan untuk undercoat.
#5 Top coat
Apabila semua langkah 1 - 4 dah selesai, bolehlah layangkan warna top coat pilihan. Dalam video yang dikongsi team Samurai, untuk kemasan yellow chrome yang lebih menawan, tambahkan warna Bluish Pearl White (H231) tapi PR skip yang ini.
#6 Clear Coat
Untuk kemasan yang lebih baik dan mematikan top coat, lapiskan permukaan dengan clear coat. Untuk visual berkilat, gunakan Clear Coat Glossy (2K01) dan kemasan flat, gunakan Clear Coat Matte (2K01A). Untuk sport rim dan swing arm, PR gunakan topcoat flat black dan clear coat matte.
Pelbagai Pilihan Produk Di Samurai Paint
Memang menarik produk - produk yang ditawarkan Samurai Paint. Kalau nak restore warna asal pon memang disediakan kod khas seperti warna motorsikal Honda. Atau anda hendak buat kelainan dan menggunakan warna yang lebih elegan. Pilih dan bayar saja lah.
PR dah menggunakan banyak produk Samurai Paint selain projek motorsikal EX5 ni termasuk mengecat model plastik kereta dan model diecast skala 1:64. Jadi, sebagai pengguna PR sangat berpuas hati. Kalaulah team Samurai terbaca post ni, harap - harap lah dapat giveaway khas sebagai pengguna setia jenama mereka. Cewah... Berangan sesiapa pon boleh!
Jika anda berminat dengan produk samurai paint, bolehlah kunjungi authorised dealer di shopee di pautan berikut : Riderhood Spirit
0 comments