iPhone SE 2020 Koleksi Peribadi Terunggul
iPhone SE (2020) merupakan koleksi terkini PR dalam kategori telefon bimbit @ telefon pintar. Ini merupakan telefon PR yang ke enam sejak 2004. Harga iPhone SE 2020 RM2,199.00 bagi spesifikasi 128gb. PR memilih merah untuk koleksi ketiga jenama Apple.
Apa pun review daripada pengguna atau bukan pengguna, PR berpuas hati dengan features yang dibekalkan bersama iPhone SE 2020. Processor terunggul setakat ini dengan saiz yang ngam dengan PR. Biarpun spesifikasi tidak setanding generasi iPhone 11, namun tawaran harga juga merupakan faktor PR memilih iPhone SE 2020.
Smile, you're in potrait mode
Belum banyak yang boleh diperkatakan, cuma PR tertatik dengan faedah advanced camera system terutama potrait lighting. Ada 6 studio-lighting effect yang boleh dipilih dan Wow.. PR suka sangat dengan contour light dan stage light.
PR suka merakam fotografi model mainan atau koleksi diecast model. Pada sudut pandang pertama, potrait mode ini boleh menjadikan imej lebih seni dan dramatik.Begitu juga dengan video. iPhone SE 2020 juga boleh merakam video dengan kualiti 4K pada 24, 30 atau 60 fps. Senang cerita, 4K ni 4 kali ganda detailnya berbanding 1080p HD video. Yang lain - lain, anda bacalah review penulis lain.
fps - frame per second
6 Koleksi Telefon Bimbit / Telefon Pintar Peribadi
#1. Nokia 3310
Telefon pertama PR adalah Nokia 3310, hadiah daripada kakak PR semasa mendaftar di Kolek Matrikulasi Pulau Pinang, 2004. Berwarna kelabu dengan lampu kuning. Ringtone kegemaran "Isabella". Bertahan sampai PR mula bekerja dan tak dapat digunakan lagi pada 2010.
#2. Nokia 3200
Setelah mendaftar di universiti, upgrade telefon kepada Nokia 3200. Syok sebab saiz yang comel dan ringtone polyphonic cuma tak ingat set ringtone apa masa tu. Boleh upgrade tengok "sent items" selain kapasiti lebih besar untuk menyimpan koleksi SMS terutamanya pantun raya. 2008, daftar nombor Celcom dan guna di Nokia 3310.
#3. Nokia E75
Bila Nokia 3310 tak dapat diselamatkan lagi, Nokia E75 muncul. Masa ni mula seronok dengan skrin lebih besar, papan kekunci menggunakan QWERTY keyboard. Boleh flip untuk paparan menegak atau melintang tapi tak bertahan lama. Kurang 2 tahun, telefon ini jahanam. Padam tiba - tiba dan tak boleh ON langsung.
#4. iPhone 4s
2012, koleksi pertama untuk keluarga Apple. Kemasan putih dengan storage 32gb. Kagum dengan kualiti gambar yang dihasilkan. Memang jarang sangat 'hang', cuma ada sekali tu terjatuh speaker terus rosak dan ringing sound juga dah tak berbunyi.
#5. iPhone 6
Antara yang paling lama rasanya selain Nokia 3310. PR beli pada Mac 2014 dan sehingga kini masih berprestasi terbaik cuma bateri dah tak tahan lama. Ada sekali dua terpadam sendiri dan baru - baru ini tak dapat kesan signal simkad dan beberapa tanda kecil yang lain. Sebelum timbul perkara - perkara yang ganjil tu, PR memang tak toleh dah generasi iPhone selepasnya.. sebab PR rasa iPhone 6 ni sangat powerfull.
#6. iPhone SE 2020
Walaupun sayang dengan iPhone 6, tapi PR kena move on juga sebab sekarang kebanyakkan kerja hakiki dan bukan hakiki banyaknya menggunakan telefon pintar. Kadang - kadang nak mereka bentuk design poster dalam masa terdekat memang sangat perlukan telefon dengan respon yang pantas selain tak bergantung dengan pengecas sentiasa. Lagipon banyak aplikasi yang tidak menyokong perisian terdahulu.
Yang Baru Disayang, Yang Lama Dibuang Jangan
Mungkin jiwa kolektor sangat tebal jadi PR ni susah sangat nak let go barang yang lama. Tak semua la barang yang disimpan tapi boleh kira banyak juga. Tebal telinga juga bila ciktom membebel barang yang tak berguna lagi masih disimpan. Tapi untuk iPhone 6 ni mungkin PR akan cari simkad lain dan gunakan untuk tujuan hobi. Nostalgia oii...
0 comments