2020, buat pertama kali PR memiliki koleksi LEGO. Sebelum ini PR lebih fokus pada koleksi diecast skala 1:64 dan beberapa model kit skala 1:24, tetapi bila tiba musim PKP terasa ingin mencuba pula dengan koleksi LEGO. Banyak hari juga PR membuat pilihan di laman sesawang rasmi untuk pasaran Malaysia.
LEGO Creator Expert Jadi Pilihan
Setelah meneliti dari semua aspek, PR akhirnya membuat pilihan untuk membina koleksi LEGO Creator Expert : Fiat 500 (10271). Model ini mengandungi 960 brick lego. Bagi pemasangan yang pertama, agak ambil masa juga bagi menyiapkan pembinaan. Kebetulan, PR tinggal seorang sahaja di rumah memandangkan Ciktom dan anak - anak di kampung.
Tidak banyak yang boleh diperkatakan. Pemasangan agak straight forward, ikut sahaja manual arahan yang disertakan. Bagi PR yang belum mahir dan biasa dengan brick lego, PR buka plastik dan asingkan brick mengikut bahagian. Kalau sekali kan dalam satu bekas, rasanya mungkin masa akan bertambah lebih lama.
PR mulakan pembinaan Fiat 500 ini pada jam 230 petang, berhenti rehat berbuka puasa dan meneruskan pembinaan sehingga siap lebih kurang jam 11 malam. Berikut merupakan sedikit maklumat berkaitan model LEGO Creator Expert Fiat 500.
Ciri Khas Creator Expert : Fiat 500
- Recreate a taste of ‘La Dolce Vita’ with an advanced LEGO® Creator Expert Fiat 500 model car brimming with Italian flair and LEGO brick details that teenagers and adults will enjoy building and displaying with pride.
- This model kit features a luggage rack, suitcase, detailed interior, engine, spare wheel and opening roof, doors, hood and tailgate. There’s even a ‘painting’ of the car by the Colosseum to complete the Italian feel.
- Measuring over 11 cm (4.5 inches) high, 24 cm (9.5 inches) long and 11 cm (4.5 inches) wide, this buildable model makes for an impressive display piece on its own or as part of a collection of LEGO® sets.
- While toy cars run on batteries, this collector's item runs on pure imagination and creativity.
Kemasan dashboard bersama logo Fiat |
PN untuk Padin No! ah kenangan domain padinno... |
ruangan enjin |
Cuma PR belum ada display rack yang bersesuaian untuk pamerkan model ini. Nantilah suatu masa boleh susun semua koleksi model kereta termasuk model motorsikal Kawasaki Ninja. Nak bagi Adira main, risau tak jumpa pula cebisan - cebisan brick yang dah berkecai. Untuk jalan selamat, letak di kawasan tinggi dan tebal telinga bila Adira menangis. hihi
0 comments