Semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang banyak sektor perkhidmatan terhenti termasuk juga operasi di kaunter perkhidmatan awam. Pendekkan cerita, segala puji bagi Allah ciktom selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 April 2020 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Bersalin pada musim PKP pun cabaran juga. Perihal kelahiran, pihak hospital memaklumkan urusan pendaftaran boleh dibuat dalam tempoh 60 hari.
Daftar Kelahiran Semasa PKP
Sebaik kerajaan mengumumkan PKPB dan pusat perkhidmatan awam beroperasi semula, PR berkira - kira untuk mendaftar kelahiran bayi kedua kami. Di sini PR ingin mengulas pengalaman daftar kelahiran semasa PKP.
Mohon Temujanji dengan JPN
Ini sangat penting. Jika anda beratur atau datang tanpa temujanji, anda hanya mempunyai peluang sangat tipis untuk dibenarkan masuk. Semasa PR beratur menunggu giliran, PR ada terdengar anggota RELA bertugas memaklumkan hanya 40 kuota bagi pelanggan secara walk-in sehari. Jadi, jangan buang masa, mohon temujanji dengan melayari pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my/ atau menghubungi talian telefon pejabat JPN kawasan anda.
Beratur Tertib Menunggu Giliran
Sekalipun anda mempunyai temujanji yang telah ditetapkan pada masa tertentu, anda harus juga perlu bertatur dengan tertib dan bawa banyak - banyak sabar. Selain itu, sentiasa mengamalkan penjarakan sosial semasa beratur. Penting juga untuk anda tahu lorong anda beratur. Kes naya ada pemuda di belakang PR sebenarnya tersalah lorong untuk urusan kad pengenalan. Terpaksa beratur semula di lorong yang dikhaskan untuk urusan tertentu.
Setelah nama anda disahkan mempunyai temujanji, barulah anda dibenarkan masuk. Kalau anda mahu cuba jaya tanpa temujanji, PR sarankan anda jangan cuba. Takut nanti anda sendiri yang tak puas hati jika tidak dibenarkan masuk.
Daftar Kelahiran Biasa
Bagi daftar kelahiran biasa, anda perlu menyediakan dokumen sepertimana lampiran yang terkandung dalam buku pink ibu. Bawa dokumen ASAL dan SALINAN. Jangan tinggal satu pun. Permohonan PR sebenarnya K.I.V sebab PR tak bawa IC asal Ciktom. Mujur datang kali kedua tak perlu beratur dan ambil giliran semula. Salah PR sendiri, yakin dengan mengemukakakn sijil nikah dan salinan IC sudah memadai.
Seorang Sahaja Memadai
Ini bukanlah wajib pun, sebab ada je PR lihat pemaklum hadir bersama dengan pasangan dan anak kecil. Geleng kepala dalam hati (macamana ni). Dalam musim pkp ni tak perlu datang dengan kumpulan keluarga terutamanya anak kecil. Tak sesuai. Bagilah ibu dan bayi berehat sahaja di rumah. Gentle saja si ayah yang uruskan segala. Barulah layak jadi HERO!
Lega Daftar Kelahiran Selesai
Daftar kelahiran anak kedua PR dan ciktom selesai pada 9 Jun 2020. Lega rasanya.
0 comments