Drama 13 episod yang ditayangkan di TV3 ini ada sebab - sebab tertentu yang membuatkan PR ingin mengulas di lembaran blog. Jarang - jarang PR nak ulas pasal drama tapi keunikan yang ditampilkan dalam siri Nasi Kerabu Untuk Che Abe ni membuatkan entri ini ditulis.
sumber gambar |
Drama Santai Nasi Kerabu untuk Che Abe
Sungguhpun terlepas beberapa episod termasuk episod pertama, PR boleh katakan drama ini menarik, unik dan istimewa. Sudah pasti faktor utama lontaran dialog menggunakan loghat Kelantan dan utara menjadikan drama ini nampak hidup dan sangat dekat dengan masyarakat.
Secara keseluruhan, PR rumuskan jalan ceritanya santai dan straight forward. Kurang debaran dan plot twist. Semua konflik berlalu dengan mudah dan boleh diteka. Cuma, ada beberapa perkara yang boleh PR highlightkan dalam drama tersebut. Layan.
7 Perkara yang menarik Drama Nasi Kerabu Che Abe
1. Dialek Tempatan
Bagi PR, lakonan yang mantap lebih menyerlah bila menggunakan bahasa dan loghat sebenar. Ia seolah membuang skrip asal dan seperti dalam dunia realiti. Keunikan dialek Kelantan benar - benar ditonjolkan dalam siri drama ini. Tengok sahaja scene di antara Mek, Faizul dan adik perempuannya. Dialog spontan dan ia seakan sebenar. PR ramai sahabat dari pantai timur, dan mula faham dialeknya cuma nak bercakap tu tak berapa nak sedap dengar lagi.
2. Unsur nasihat dan didikan dalam lakonan
Tabik kepada penulis skrip yang berjaya memasukkan unsur nasihat, didikan, pengajaran, ilmu adat dan budaya Melayu di dalam lakonan. Walaupun kadangkala nampak bersahaja atau dalam keadaan marah (scene Mek menegur Atikah tentang hubungannya dengan Zairie), namun PR percaya penulis ingin penonton mendalami nasihat yang tersirat.
3. Tiada ruang untuk "kluster kayangan"
Jika melihat dari permulaan siri lagi, watak Arman bekerja keras untuk mencari pendapatan sampingan. Sebagai pelajar institut pengajian tinggi, tentu banyak cabaran terutamanya kewangan. Cuma mungkin Arman terlalu memperhambakan pada duit pulak dalam wataknya itu. Penceritaan Mek meniaga di pasar borong Siti Khadijah dan mengeluarkan budu warisan. Dan bagaimana penulis memperkenalkan bisnes keluarga Syira.
Ini sangat jelas. Rumah besar kerjanya besar. Rumah sederhana begitu jugalah dengan kerjanya. Bukan bagi sesetengah drama, rumah mewah kerja besar tapi hadirnya ke pejabat duduk di hadapan komputer yang screen nya gelap. Tak tahu apa yang diniagakan.
4. Bicara soal kekeluargaan
Seperti yang kita tahu, keluarga adalah segala - galanya. Jatuh bangun kita keluarga adalah tetap yang utama. Drama ini sangat kuat dengan kisah kekeluargaan. Kisah keluarga Mek di Kelantan. Kisah keluarga Syira di ibukota. Memang sarat dengan mesej tersirat dalam drama ini walaupun menjangkau 13 episod cuma. Paling best bila lakonan Jasmin Hamid. Memang berkesan. Rendah diri dan sedia membantu keluarga Mek yang kesusahan untuk majlis perkahwinan Atikah.
5. Genre komedi romantis yang mantap
PR sendiri tidak mengkaji habis perihal drama ini, cuma PR rasa ia bergenre komedi romantis. Jadi itu mungkin faktor sebenar kenapa kurang scene mendebarkan atau plot twist yang menyakitkan hati. Ada watak antagonis, cuma klimaksnya so-so sahaja. Terlalu mudah Arman menceritakan segala perbuatan jahatnya kepada Sha.
6. Angle kamera yang bervariasi
Pemilihan lokasi penggambaran, angle kamera yang bervariasi dan sesekali menggunakan teknik fish-eye (agaknya lah) tidak membosankan. Muka sebesar -besar tidak kat screen tv, dengan mimik muka yang kelakar memang mencuit hati. Idea yang bagus dan memang kena dengan genre komedi.
7. Nasihat pada pasangan yang baru berumahtangga
Dalam drama ini juga, PR perasan yang banyak kali juga penulis cuba menerangkan nasihat dan teguran pada pasangan yang baru berumahtangga. Biasalah dalam fasa awal - awal perkahwinan, bukan semua kita tahu perihal pasangan. Jadi ambil masa untuk lebih memahami. Dan PR sangat suka dengan scene Jasmin Hamid memberi nasihat kepada Elisya berkaitan tanggungjawab isteri kepada suami. Ini yang menjadikan drama ini hebat.
Realiti Pasangan Suami Isteri
Untuk para isteri yang tengah pening dengan karenah suami anda yang "macam-macam", anda perlu tahu cara untuk mengubah dari seorang yang berpersonaliti tunggul kepada personaliti unggul. Mengapa suami berubah? Mengapa isteri yang perlu buat itu ini, begitu begini
Dalam mencari kesefahaman, satu - satunya jalan penyelesaian adalah berbincang. Masak apa hari ini? Tukang apa hari ini? Baju apa hari ini? nak beli apa hari ini? Semuanya eloklah dimulakan dengan perbincangan. Lainlah kalau dah masak benar dengan perangai pasangan, tak perlu tanya pun dah siap terhidang makanan di meja makan. Hehe..
0 comments