Fuh, lain macam penangan PKP tahun ini. Dari sebelum raya, sampai lah dah 2 minggu beraya ni, masih ramai lagi yang berkongsi berkaitan dekorasi rumah. Yelah kan, PKP bermula dari Mac lagi jadi mungkin sambil work from home, boleh juga menyelit untuk home improvement. Bila PKPB bermula, bertebaranlah ke kedai atau gedung pilihan untuk membuat pembelian barangan idaman.
kredit pic : Mohd Asmawi bin Che Gani (FB) |
Shiplap Wall
PR sendiri pon baru tahu kewujudan istilah dekorasi ini. Mungkin dah lama, cuma PR je yang baru nak ambil tahu kot. Mungkin, rumah moden beradaptasi semula dengan susunan rumah papan klasik lama. Sama macam wallpaper batu bata lah. Dulu sebolehnya batu bata di plaster untuk memberikan imej dinding yang rata dan kemas, tetapi sekarang menjadi sebaliknya. Dinding yang telah diplaster, ditampal semula dengan wallpaper bermotif batu bata, ada yang seakan lusuh bagi meningkatkan imej dekorasi masakini.
Jom DIY shiplap wall
Asasnya, shiplap wall ini menggunakan susunan papan samada secara melintang ataupun menegak di dinding titik tumpu (feature wall). Jadi, kerja - kerja memasang atau membina shiplap wall ini tidaklah membebankan. Cuma material nya anda boleh pilih kualiti, atau dekorasi bajet sahaja.
Jom sediakan bahan - bahan DIY shiplap wall
Daripada bacaan PR, bahan utama adalah menggunakan plywood atau mdf board. biasanya bahan ini boleh didapatkan di kedai kayu, dan ada juga diniagakan di marketplace online seperti shopee atau lazada. Bahan seterusnya adalah gam kayu, cat putih dan cat pilihan anda. Perkakas yang perlu disediakan adalah gergaji (tengok keadaan), sesiku L, penimbang air, masking tape dan keperluan lain yang dirasakan perlu.
Ukuran
Bagi dinding sasaran PR, bentuknya bukanlah segiempat. Jadi ada kepingan yang harus dipotong 45 darjah. Merujuk ilustrasi di bawah, ruang maksimum dinding tersebut adalah 200 cm (L) x 300 cm (H).
PR pilih mdf board size 6mm tebal, 4' x 8'. Jadi panjang maksimum board PR adalah 8' dan tinggi dari lantai ke siling 10'. Maka, tak sesuai untuk memasang shiplap secara menegak.
Jadi, PR perlu memasang secara melintang. Andaikan segiempat dinding 200 x 300 = 60,000 cm square. Luas satu mdf board 120 x 240 = 28,800 cm square. Dengan mengambil kira ruang kosong dan spacing antara board, maka PR perlu membeli 2 keping mdf board.
Saiz setiap keping bergantung kepada citasarasa. Bagi PR, untuk mudahkan kerja, satu keping mdf board dibahagikan kepada 8 bahagian (6mm x 6" x 8' bagi setiap bahagian). Jadi 6 inci tidaklah terlalu besar, tidak juga terlalu kecil untuk dinding yang sedang - sedang.
Kos shiplap wall
kos yang PR kirakan ini sebagai anggaran sahaja. Allow 10% plus minus.
- mdf board 6mm x 4' x 8' (RM45 x 2 = RM90)
- gam kayu (RM10)
- cat putih 5L (RM40)
beli banyak cat putih takpe - cat warna 1L (RM35)
Jadi, PR anggarkan kos ini tidak melebihi RM200.00
Konsep DIY: Dekorasi Bajet
Keseluruhannya PR rasa diy shiplap wall dengan bajet <RM200 adalah memadai untuk home improvement. Konsep DIY itu sendiri memerlukan kita lebih kreatif dan kritis dengan sumber yang ada. Selain pemasangan sendiri tanpa kos tambahan upah pasang, anda juga boleh mengubahsuai, melaras dan menentukan hasil projek anda sendiri. Dan bila sebut DIY, mesti berkait dengan dekorasi bajet. Tak percaya? Bacalah.
0 comments