Alhamdulillah, sejak kerajaan mengisytiharkan PKPB rasa boleh bernafas sedikit. 15 Mei lalu PR berkunjung ke gedung IKEA dan membuat tempahan kabinet dapur dan aksesori. Sebenarnya PR dah merancang untuk membeli sebelum PKP lagi tapi apakan daya, kita hanya merancang. Hikmahnya, dalam masa PKP sempatlah PR 'study' untu DIY kabinet dapur IKEA.
Rancang dengan Planning Tools IKEA
Tugas PR lebih mudah untuk merancang dengan menggunakan planning tools yang disediakan oleh laman web IKEA. Tools ini boleh diakses menggunakan komputer atau laptop. Tak compatible menggunakan smartphone. Tools 3D ini membolehkan anda menyusun dan custom sendiri dapur mengikut citarasa, ruang dapur dan yang penting bajet.
Step Planning Dapur Anda
1. Login
Macam biasa, jika anda belum mempunyai akaun makan anda perlu mendaftar. Jika sudah ada akaun, login untuk masuk ke software yang berkenaan.
Start > start New Design
2. Tentukan saiz layout dapur
Anda akan terima paparan saiz layout atau ruang dapur anda. Kritikal di sini, anda perlu masukkan jumlah atau nilai yang tepat bagi ruang dapur anda. pilih layout yang paling tepat menggambarkan ruang dapur anda. Bagi contoh ini, PR pilih segiempat dengan ruang 4000 mm x 2500 mm. anda boleh agak - agak menggunakan conversion 1 kaki = 30 cm.
Contoh
Jika panjang dapur anda 10 kaki, maka 10' x 30 cm = 300 cm = 3000 mm
Jika lebar dapur anda 8 kaki, maka 8' x 30 cm = 240 cm = 2400 mm
klik "apply"
3. Tentukan kabinet dapur
Pilih kitchen > pilih built-in kitchen
Dalam kategori ini, terdapat 3 jenis kabinet iaitu
- base cabinet (kabinet bahagian bawah)
- high cabinet (kabinet tinggi dari lantai ke atas)
- wall cabinet (biasanya kabinet tergantung di atas)
Base Cabinet mempunyai tinggi yang sama iaitu 80cm, tetapi mempunyai 2 ukuran lebar iaitu 37cm dan 60cm. PR sarankan jika anda pilih yang 60cm.Panjang kabinet mempunyai 20cm, 40cm, 60cm dan 80cm.
contoh : base cabinet 60cm
Dalam kategori ini pula, anda ada banyak lagi pilihan samada standard base cabinet, for sink, for hob, for oven, with helves, with drawers atau with pull-out function. Anda boleh pilih suai padankan mengikut citarasa dan keperluan anda. Kalau hendak menggunakan fungsi para semata - mata, anda boleh pilih with shelves.
4. Rekabentuk 'L'
Dalam contoh ini, PR akan tunjukkan contoh rekabentuk "L". Variasi lain yang boleh direka adalah "U-shape", "island" atau pun menegak sahaja.
4.1 Jadi, untuk yang pertama, dapatkan kabinet yang bucu untuk mendapatkan bentuk L.
Base Cabinet D60cm > base cabinets D60cm > ME190 88x88cm (corner base cabinet with carousel)
Klik cabinet (add) > drag ke bucu (corner)
Anda boleh tekan 3D view untuk lihat paparan 3D, anda boleh zoom in, zoom out, boleh buka pintu dan pelbagai lagi melalui tab panel yang disediakan di bahagian bawah kitchen layout.
Anda juga boleh custom jenis pintu, jenis dan ketebalan worktop serta lain - lain mengikut citarasa dan bajet. Kaki kabinet juga boleh custom samada menggunakan stainless steel atau high density plastic.
4.2 Kabinet untuk tong gas
Anda boleh meletakkan tong gas di bawah ruang kabinet yang anda letakkan dapur, cuma rugi ruang. Jadi PR sarankan, pilih base cabinet kosong sahaja untuk tong gas yang berukuran panjang 40cm.
Base cabinet D60cm > for sink > product ME288 (tap & sink kosongkan)
4.3 Kabinet untuk dapur memasak (burner hob)
PR sarankan anda pilih panjang kabinet 80cm. Rata - rata saiz buner hob 70cm samada jenis yang bertebuk atau tidak. Jadi anda boleh pilih mana - mana kabinet samada menggunakan para atau drawer. Untuk rumah PR, kami pilih yang jenis 3 drawer, saiz 10cm, 20 cm dan 40cm.
Optional.
Jika ada ruang lagi, anda boleh tambah saiz kabinet yang lain samada pilihan panjang 20,40,60 atau 80 cm untuk base cabinet atau high cabinet.
4.4 Kabinet untuk sinki
Anda boleh pilih
base cabinet D60cm > for sink > pilih variasi sinki yang anda suka. Yang penting ukuran mesti tepat bagi mengelakkan masalah pili sedia ada.
5. Customization
Setelah anda pilih kabinet - kabinet yang diperlukan, anda boleh semak total price untuk rekaan anda. Berdasarkan harga yang tercatat, anda boleh custom semula bagi suai padan dengan bajet anda.
- Harga kabinet menggunakan para lebih rendah berbanding pilihan drawer.
- Pilihan worktop dengan ketebalan 2.8cm dan 3.8cm. Berat worktop saiz 246.8cm adalah 29kg.
- Variasi door handle yang pelbagai
- Variasi jenis pintu yang pelbagai
- Anda punyai banyak pilihan sinki dan pili di pasaran luar
Jadi, part 'customization' ini perlu diteliti sebaiknya sebelum membuat pilihan akhir. Jika anda sudah berpuas hati, print rekaan anda dan serahkan kepada khidmat pelanggan ruangan dapur untuk semakan dan dapatkan invois sebelum membuat bayaran. Nama pon DIY, jadi anda buat sendiri lah kesemuanya. Tetapi kalau anda tidak yakin, anda boleh juga dapatkan khidmat pekerja IKEA.
Dokumen rekaan dan pembelian kabinet dapur IKEA PR boleh download butang di bawah.
KLIK IMEJ
Kalau kabinet seperti rekaan PR ini melibatkan 46 item, jangan sesekali berfikir untuk membawanya menggunakan kenderaan sendiri melainkan anda mempunyai kenderaan pacuan 4 roda atau lori. Sayang kereta woiii.. berat - berat barangnya.
ok, itu sahaja. Untuk entri akan datang, PR akan share pula pengalaman memasang sendiri kabinet ini seorang diri. Stay tuned.