Setiap kali masuk September, muka pasti ada sinyummm.. yelah dah banyak kali juga PR highlightkan dalam blog entri terdahulu manisnya September buat PR dan blog ini juga.
Ini ulangtahun blog padinrose, dahulunya bermula dengan padinno pada 2009. Wah dah sembilan tahun blog ini beroperasi. Cuma bila tengok di arkib, maybe ada sedikit penurunan dari segi jumlah posting untuk setahun, tapi dari segi pengunjung masih maintain. Itu kelebihannya artikel mesra SEO. Cewahh
September juga merupakan ulangtahun kelahiran PR. 11 September merupakan tarikh kelahiran PR, dah lepas lama dah. Nak tuntut hadiah macam tak kena kan? Cukuplah kalau anda boleh doakan PR sentiasa sihat, sentiasa dimurahkan rezeki dan hidup bersyukur dengan nikmat Allah.
Tambah manis, ulangtahun perkahwinan PR dan Ciktom juga menjangkau usia 2 tahun. Mudah – mudahan jodoh kami berdua berpanjangan, kekal sehingga akhir hayat. Oh ya, dikesempatan Sweet September 2018 ini, PR ingin memperkenalkan cahaya mata PR dan Ciktom, Adira. Lahir pada awal Januari tahun ini, sekarang Adira dah masuk 8 bulan.
Adira nak makan apa tu?
Ya. Ciktom tahu dan faham sangat hobi PR. Ciktom hadiahkan PR sebuah model kereta Honda City Turbo II ’85, keluaran Hot Wheels. Kalau masuk warehouse Collector’s Paradise ni, memang rasa taknak keluar selagi takde ole – ole.
Depan kedai Collector's Paradise
Hadiah dari Ciktom
Selain model kereta, Ciktom hadiahkan juga set gergaji untuk kegunaan pembinaan diorama. Katanya senang sikit untuk kerja – kerja pemotongan yang melibatkan komponen dan elemen kecil. Kurang bahaya dan lebih accurate berbanding penggunaan pisau.
Ini diorama skala 1:32. Ini percubaan pertama PR hasilkan diorama menggunakan rumput tiruan dan filler cement sebagai tapak binaan. Mungkin akan datang, PR akan hasilkan lebih banyak diorama. Tapi bergantung kepada mood sebenarnya. Kalau rajin tu datang, sehari tub oleh siap, kalau malas yang datang, benda simple boleh jadi berminggu atau berbulan untuk projek siap.
Ciktom tahu PR gunakan tudung periuk dia, hihi
Rumput panjang sangat tak sempat potong...
Jadi, ini kisah Sweet September : 2018. Anda ada cerita pada bulan September?
0 comments