Sebut saja pasal bercuti, mesti senyum lebar betul tak? Bukan saja anak – anak, malah ibubapa juga pasti berasa seronok dapat tambahan cuti, boleh meluangkan lebih masa untuk keluarga. Pelbagai aktiviti yang boleh anda rancangkan untuk pengisian cuti anda, termasuklah melancong. Anda sudah ada plan hendak melancong ke mana?
Jom ke SEEngapore Dengan Traveloka Promotion
Bagi anda yang masih berteka – teki, PR cadangkan jom panjangkan langkah ke seberang tambak, negara jiran Singapore! Bila sebut Singapore, pasti anda berfikir dua tiga kali tentang matawang dollar yang digunakan, seterusnya menganggap percutian ke Singapore adalah pelancongan mewah.
Pelbagai Daya Tarikan di SEEngapore
Namun, tahukah anda Singapore sebenarnya mempunyai pelbagai daya tarikan dan aktiviti menarik yang boleh anda lakukan tanpa berbelanja besar? Walaupun negara Singapore ini kecil sahaja tetapi masih mempunyai banyak destinasi menarik, unik dan moden untuk dikunjungi.
Tempat wajib kunjung di Singapore ni sudah pastinya ikon kepala singa dan ekor ikan, Merlion Park. Kiranya memang tempat popular pelancong untuk mengabadikan gambar kenangan, check-in di Singapore! Dikatakan, tugu kepala singa membawa maksud yang Singapore adalah ‘singa’ lautan manakala ekor ikan adalah gambaran bahawa Singapore asalnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan sebelum menjadi semoden sekarang.
Tidak sah juga ke kota Singa ini jika anda tidak sampai ke Universal Studios Singapura (USS). Walaupun harga tiket dan lain – lain kos agak tinggi, tapi pengalamannya pasti sukar dilupakan. Mungkin sekali seumur hidup? Cemburu juga melihat rakan – rakan memuat naik gambar di USS, dan melalui review, melangkah masuk membuatkan anda berada di US.
Anda boleh berjalan di dalamnya yang bertemakan filem dan kota Amerika, watak kartun dan filem terbitan Universal Studios seperti Sesame Street, Transformers, The Mummy dan jika itu masih tidak mengujakan, anda boleh mencuba roller coaster serta tunggangan lain yang mendebarkan di taman tema tersebut. Menarik, bukan?
SEEngapore – For a Roaring Good Time!
Jadi, inilah masanya untuk anda plan dan tempah percutian anda dengan Traveloka. Diakui, Traveloka adalah pakar dalam perjalanan dan percutian anda. Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian anda ke Singapore. Yelah, zaman sekarang ni kan semuanya dihujung jari. boleh buat tempahan melalui laman web atau aplikasi di telefon pintar anda.
PR pun dah banyak kali menggunakan Traveloka untuk merancang perjalanan samada urusan kerja atau percutian. Senang cakap, bercuti bersama Traveloka menjadi mudah. Kemudahan tempahan flight dan hotel yang disediakan, jadi sambil – sambil cari tiket flight boleh serampang dua mata untuk booking tempat penginapan.
Kadang – kadang hotel dah mampu bayar, tapi tiket flight pulak mampu tengok, atau sebaliknya. Jadi, memandangkan Traveloka kini memperkenalkan kempen baru, “SEEngapore – For a Roaring Good Time!”, inilah kempen yang mungkin menjadikan impian anda bercuti ke Singapore menjadi kenyataan.
Untuk kempen ini, Traveloka menawarkan diskaun hebat dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore, dengan menggunakan Traveloka samada tempahan melalui web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG. Ada lagi! Traveloka juga turut menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore (tiada kupon diperlukan).
Memang best tawaran diskaun ni. Bolehlah penjimatan yang ditawarkan Traveloka digunakan untuk menambah peruntukan membeli cenderamata atau tanda kenangan di Singapore, hehee. Boleh disimpan untuk koleksi peribadi atau manis juga untuk diagihkan kepada ahli keluarga lain, sahabat handai atau rakan sepejabat. Manalah tahu akan datang, mereka pula akan bercuti ke Singapore, untung nasib anda jadi tourist guide.
Syarat – Syarat dan Cara Membuat Tempahan
1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (tertakluk sebarang pindaan)
5. Tempoh Perjalanan: Anytime
Tempoh Traveloka Promotion ke SEEngapore ini sehingga 30 September sahaja, jadi anda jangan tunggu lagi, rancang percutian anda dan tempah sekarang!
Pengalaman Bercuti Di Singapore
Setakat ini, PR pernah menjejakkan kaki sekali ke Singapore pada tahun 2009. Tapi tidak menginap pun, sekadar pergi balik hari, mengikut rakan – rakan tahun akhir di Universiti. Yang masih tidak dapat dilupakan, persembahan Song of the Sea, jelmaan imej melalui pancuran air di Pulau Sentosa. Sedihnya, tiada sebarang gambar kenangan yang disimpan.
Tetapi,yang pasti, PR dah check-in di Merlion Park!
Anda?
0 comments