Masih dalam mood raya? Tak apa, raya kan sebulan. Bagi yang akan memulakan tugas, di samping kemeriahan sambutan Syawal, kena catch-up juga kerja - kerja yang ditinggalkan sebelum bercuti. Nanti bos melenting tak nak luluskan cuti kemudian hari, haru!
Dilema Collector : Sorok atau Tayang?
PR terbaca di paparan media facebook baru - baru ini berkaitan dilema collector diecast, di mana koleksi kesayangannya 'diusik' oleh anak tetamu yang berkunjung sempena Syawal. I feel u, bro! Dalam posting tersebut, owner agak terkilan kerana asal koleksinya itu tersimpan di dalam almari berkunci tetapi telah bersepah dan model kereta telah dikeluarkan dari blister.
Collecter : Hobi Unik
Individu yang mempunyai hobi unik untuk mengumpul, menyimpan dan memperaga koleksi kegemaran bolehlah disebut collecter. Mungkin sesetengah item mempunyai nostalgia, rekaan eksklusif, edisi terhad mahupun cenderahati dari seseorang.
Jika suatu masa dulu, mengumpul setem antara hobi popular, kini collector berkembang dengan item yang pelbagai. Ada yang mengumpul koleksi labu sayong, ada yang gemar menyimpan aneka pinggan mangkuk, ada yang gemar mempamer koleksi wang kertas, koleksi diecast, koleksi jam tangan mahupun koleksi anak patung!
Sorok atau Tayang?
PR sendiri jiwa collector. Bukan sahaja diecast model, banyak juga barangan yang PR kumpul dan simpan yang buatkan ciktom pening tetapi disiplin dari zaman kanak - kanak, PR akan simpan semula di storage simpanan khas sampai lah mendiami rumah sendiri!
Buat masa ini PR simpan dan sorok kerana khuatir koleksi ini akan mengundang perhatian tetamu yang berkunjung ke rumah. Bukan taknak positif, tapi dah banyak kali model kereta hilang tanpa kesan, parts of robot gundam hilang.. lego cerai-barai..
Pembikinan model plastik Evo X
Pembikinan model plastik Civic Ferio
Sejujurnya, PR nak pamerkan koleksi - koleksi ini di ruangan yang senang dilihat; dalam kes ini ruang tamu tetapi buat masa sekarang mood dekorasi rumah ditangguhkan buat sementara.
Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa
Dalam kes 'tetamu' ini, PR bukan risaukan ibu bapa. Tetapi anak - anak yang tidak dikawal. Disini, peranan dan tanggungjawab ibubapa amat perlu dalam mendidik anak - anak tentang adab ketika berkunjung ke rumah orang lain. Memanglah, fitrah anak - anak akan tertarik kepada mainan, tetapi kena terapkan didikan tentang 'hak' dan 'ketuanan'.
Dilema oh Dilema
Kesimpulan dilema ini, sebagai collector, PR akan pamerkan koleksi - koleksi di display rack yang sesuai. Oh ya, saranan PR kepada ibubapa yang anak - anaknya suka kepada permainan, belilah mainan untuk mereka. Bukannya mahal sangat pun. Jadi bila berkunjung ke rumah collector, sekurang - kurangnya boleh lah mengelakkan masalah seperti di perenggan kedua di atas!
Chill.
0 comments