11 April lalu, PR berkesempatan menghadiri Majlis Konvokesyen Perdana IPMa : KKTM, MJII dan IKM - Sidang 3 di PICC. Dah lama juga PR tidak menghadiri majlis konvokesyen IPMa sejak majlis ini dibuat secara berpusat. Kali terakhir PR join secara langsung sebagai AJK pada 2010.
Secara keseluruhan, majlis ini bagi meraikan 8618 graduan yang tamat pengajian pada sesi Jan - Jun 2017 dan Jul - Dec 2017, bagi 28 program Sijil dan 82 program Diploma.
Tahniah kepada semua graduan! Jadilah insan hebat yang dapat memberi sumbangan yang positif demi agama, bangsa, negara dan keluarga - YBHG. Dato' Mohamed Roseli Bin Dol | Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan)
Tahniah PR ucapkan kepada semua graduan terutama bekas pelajar PR, Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas seramai 45 graduan. Berikut, PR kongsikan fakta nombor TVET MARA.
FAKTA NOMBOR TVET MARA
1. TVET MARA telah mencapai 5 dekad bermula penubuhan IKM pada tahun 1968
2. Kesemua 25 kampus (10 KKTM, 14 IKM dan 1 MJII) mampu memberi peluang kepada seramai 8,851 pelajar peringkat diploma dan 6,338 pelajar peringkat sijil di samping turut memberi peluang kepada pelajar mengikut program jangka pendek, kompetensi dan lanjutan
3. 6 Klasifikasi program yang ditawarkan iaitu
- Diploma atau Sijil Kejuruteraan
- Diploma atau Sijil Teknologi Kejuruteraan
- Diploma atau Sijil Teknologi
- Diploma Teknousahawan
- Diploma Industri
- Diploma Kompetensi
4. 157,653 graduan TVET telah dilahirkan melalui KKTM, MJII dan IKM sejak 1968
5. 94% kadar kebolehpasaran graduan KKTM, MJII dan IKM yang tamat pengajian pada tahun 2016
6. 3,579 usahawan baru terdiri daripada para pelajar KKTM, MJII dan IKM yang telah dilahirkan pada tahun 2017 melalui program eUsahawan, Mobile Technical Services dan BizHub.
Ok, jom layan beberapa gambar sekitar majlis konvokesyen (Sidang 3) yang sempat dirakam.
Jika anda, atau adik beradik, sahabat handai mahupun kenalan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peluang pengajian di TVET MARA, boleh rujuk poster di bawah:
Pengambilan Sesi Julai - Disember
Okey, sekian. Hehee
0 comments