Siapa
suka bercuti, angkat tangan? PR yakin dan percaya semua orang sukakan perkataan
ajaib ini. Manakan tidak, setelah sibuk dengan rutin harian baik yang bekerja
mahupun yang masih belajar, perkataan cuti ini merupakan ubat paling mujarab
untuk berehat dan mengumpul semula kekuatan minda dan fizikal untuk hari – hari
mendatang.
Destinasi
percutian yang PR ingin bawakan kepada anda, pembaca padinrose.com kali ini
adalah Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebagai salah satu tempat peranginan
paling popular di Malaysia, Port Dickson sangat sesuai untuk dijadikan
destinasi percutian keluarga dan tempat berbulan madu. Kelas gitu…
Apa yang Menarik dan Popular di Port Dickson
1. Aktiviti santai di pantai - pantai Port Dickson
Bila
sebut Port Dickson, mesti terbayang dengan pantai – pantai yang menarik. Antara
pantai – pantai yang boleh anda kunjungi ialah Pantai Blue Lagoon, Pantai
Tanjung Tuan, Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Gemok dan Pantai Cahaya
Negeri.
The three great elemental sounds in nature are the sound of rain, the sound of wind in a primeval wood, and the sound of outer ocean on a beach - Henry Beston
Feel bersantai di pantai ni memang lain macam. Tenang dan mendamaikan. Untuk seketika, you can forget about your workload and enjoy your day!
2. Alive 3D Art Gallery
Tidak dinafikan Galeri Seni 3D amat popular dan mendapat tempat di kalangan pengunjung masa kini. 5 tahun kebelakang, PR rasa hanya sesetengah tempat sahaja yang menawarkan galeri seperti ini, tapi sekarang almost semua negeri dah ada.
Anak –
anak pasti paling seronok dengan aktiviti seperti ini. Sekurang – kurangnya
mereka boleh mencipta kreativiti untuk beraksi bagi mendapatkan hasil gambar
yang menarik.
3. Muzium Tentera
Biasanya benda yang diletakkan di dalam muzium adalah berkaitan dengan
peninggalan sejarah dan benda rare
untuk tatapan generasi akan datang. Tarikan utama di muzium tentera ini adalah
susunan kenderaan tentera seperti keretapi, jet pejuang, kereta kebal, meriam
dan lain – lain senjata api yang jarang – jarang kita boleh lihat di tempat
lain.
Terdapat
juga bangunan lama yang dibuahsuai dan dipadatkan dengan dengan bahan – bahan
informasi sejarah ketenteraan. Salah satu lagi yang menjadi tarikan di Muzium
Tentera iaitu terowong komunis. Anda boleh masuk dan lihat sendiri bagaimana
kehidupan komunis di dalam terowong.
4. Rumah Terbalik Port Dickson
Rumah
Terbalik Tamparuli memang sudah cukup popular di Sabah. Tapi Rumah Terbalik
Port Dickson ini juga mempunyai tarikan tersendiri. Ia merupakan sebuah rumah kedai
yang diubahsuai menjadi terbalik, look like anda hidup di dalam dunia yang
terbalik.
Unik.
Memang Unik. Bukan sahaja dari hasilnya yang terbalik, PR selalu memikirkan
bagaimana jurureka dan pembinaan rumah terbalik ini dilakukan. Kalau PR, mahu
terbalik juga otak ni untuk memikirkannya.
5. Wild west Cowboy Indoor Theme Park
Selain
Galeri 3D, anda juga boleh membawa anak – anak ke destinasi ini. Tarikan di
sini lebih kepada taman permainan mini indoor untuk kanak – kanak. Pasti senyum
anak – anak lebih lebar. Selain itu, terdapat juga 5D Motion Adventure dan 7D
Interactive Movie!
Wah,
ingatkan 3D dah cukup power, tapi di sini sampai 7D. Pasti memberikan
pengalaman yang berbeza kepada pengunjung. Anda boleh merasai kesan khas
daripada gerakan kerusi, wap air, bunyi angin dan sebagainya. Tiket masuk untuk
aktiviti ini pun masih dalam kategori “masih boleh layan”. Alang – alang
bercuti ye tak?
6. Tempat Makan Menarik di Port Dickson
Sudah
menjadi kebiasaan kalau bercuti di sesuatu tempat, pasti ingin mencuba makanan
tempatan yang popular dan viral di
media sosial. Anda boleh lengkapkan percutian anda dengan mengunjungi tempat
makan best di Port Dickson.
Kalau PR
nak senaraikan semua tempat makan best di Port Dickson, pasti panjang berjela
pula entri ini. Jadi, PR senarai pendekkan sahaja tempat makan best, yang
selebihnya anda boleh cari di enjin carian, media sosial yang lain ataupun
bertanyakan pendapat sahabat handai.
- Cowboy Place - Nasi kukus Ayam Panggang
- Restoran Seri Mesra Ikan Bakar
- Ghodang Kopitiam
- Restoran Kulit Kayu Manis
- Deen's Kari Kepala Ikan
7. Penginapan yang Pelbagai
Nasihat
yang PR selalu ingat dari seorang sahabat, kalau hendak bercuti ke tempat
orang, pastikan penginapan menjadi perkara nombor satu. Port Dickson menawarkan
kemudahan penginapan yang pelbagai. Tapi, anda perlu sentiasa menanamkan dalam
minda, you are not alone!
Based on aktiviti yang PR senaraikan di atas, PR
cadangkan anda simply book Glory Beach Resort at Port Dickson. Jarak Alive 3D Art Gallery dan Wild
West Cowboy Theme Park adalah kurang 3km dari resort ini dan lebih kurang 500 m dari Pantai Tanjung Gemok.
Percutian Menarik untuk Anda dan Keluarga
Ya.
Pelbagai destinasi dan tempat menarik ada di Port Dickson. Semoga blog entri
ini boleh menjadi rujukan bagi anda yang ingin merancang percutian anda ke Port
Dickson.
Selamat bercuti!
0 comments