Jika anda merancang untuk bercuti di Terengganu, boleh juga anda masukkan dalam senarai pilihan anda Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu, Marang. Serius best! Kebetulan rumah ciktom tidak jauh benar dengan lokasi Pulau Kekabu, jadi setiap kali bercuti PR akan singgah bersantai di sana.
Menarik di Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu
Pusat Riadah Utama
Majlis Daerah Marang (MDM) dalam usaha menjadikan persisiran pantai Pulau Kekabu sebagai zon mandian selamat dan menaiktaraf taman rekreasi sekaligus melengkapkan Pulau Kekabu sebagai pusat riadah utama di daerah tersebut.
Kemudahan Awam
Lebih 6 bulan PR tidak berkunjung ke Pulau Kekabu, ada pertambahan bangunan iaitu cadangan membina dan menyiapkan 4 unit gerai 1 tingkat bersebelahan dengan tandas awam yang telah dibina sebelum ini.
Laluan pejalan kaki juga telah ditambahbaik serta pertambahan kemudahan alat permainan di taman permainan kanak - kanak. Kemudahan parkir juga dilihat sebagai faktor penting menggamit pengunjung memeriahkan taman rekreasi ini.
Permandangan Istimewa
Selain tiupan angin yang mengasyikkan, saujana permandangan juga menjadi daya tarikan Pulau Kekabu. PR jamin anda akan berasa tenang dan damai menghabiskan masa di Taman Rekreasi Pulau Kekabu.
Suasana pantai tenang, disimbahi dengan deruan ombak, sekali sekala angin menyisir lembut daun kelapa... susah hendak digambarkan dengan penulisan. Bagi pencinta alam semulajadi, memang rasa taknak balik dan ingin merakamkan permandangan indah samada disemat di kepala atau disimpan dalam aplikasi kamera.
Permandangan di muara sungai, kadangkala terlihat bot - bot nelayan berlabuh menjadikan landskap yang sangat istimewa.
Lokasi Photoshoot Kahwin
Langsung dari permandangan istimewa, kawasan ini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi photoshoot perkahwinan. PR dan ciktom juga memilih Pulau Kekabu sebagai tempat outdoor photoshoot.
Penafian : bergantung kepada jurugambar yang anda upah.
Lokasi Photoshoot Kahwin
Langsung dari permandangan istimewa, kawasan ini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi photoshoot perkahwinan. PR dan ciktom juga memilih Pulau Kekabu sebagai tempat outdoor photoshoot.
Penafian : bergantung kepada jurugambar yang anda upah.
Akses ke Pulau Kekabu
Jika anda mahu ke jeti Pulau Kapas, ya! Anda dalam laluan yang sama untuk ke Taman Rekreasi Pulau Kekabu. Bagi akses ke Pulau Kekabu, ada disediakan jambatan untuk kenderaan ringan. Tapi muat untuk satu kereta sahaja. Toyota Velfire PR tak pasti boleh muat atau tidak, tapi Honda Odyssey dan Toyota Wish boleh masuk lagi.
Kemudahan Homestay
Berhampiran dengan Taman Rekreasi Pulau Kekabu, terdapat beberapa pengusaha homestay sedia memberi perkhidmatan. Sebelum ini, PR menginap di Marang Guest House kerana menepati ciri - ciri yang PR mahukan.
Marang Guest House berada di atas bukit, mudah untuk melihat matahari terbit dan kemudahan beranda di setiap premis. Itu yang PR mahukan bagi memudahkan untuk menikmati pemandangan menarik setiap pagi.
Tempat Wajib Bila Bercuti
PR mewartakan Taman Rekreasi Pulau Kekabu adalah tempat wajib kunjung bila PR dan Ciktom balik kampung ke Terengganu. Bermula dengan sarapan roti canai power, bergerak ke lokasi penggambaran (rakam 3 - 4 keping gambar) dan bersantai di Taman Rekreasi Pulau Kekabu sejam ke dua jam untuk merehatkan badan dan fikiran.
Kepada anda yang belum sampai, bercadang untuk ke Terengganu, bolehlah memasukkan Taman Rekreasi Pulau Kekabu dalam senarai lawatan atau percutian anda! Selamat berkunjung.
0 comments