Sepatutnya PR update koleksi 2017 pada tahun 2017, tapi takpelah kan. Bagi anda yang mahu kompilasi entri berkaitan hobi ini, PR sudah sediakan pautan di ruangan "Hobi".
Hobi : Koleksi 2017
Sebetulnya, dengan keadaan yang tidak mengizinkan, hobi PR mengumpul model kereta atau mainan lain agak terbantut. Sekadar melayar website jualan berulang kali dan kadangkala mencuri tengok di premis jualan.
Honda Odyssey 1/64
Sepertimana tahun 2016, bagi mengelakkan rekod terburuk akhirnya PR mendapatkan Honda Odyssey skala 1:64 keluaran hotwheels. Model ini dibeli dengan tanda harga RM18.00.
Kalau dilihat trend terkini, penjual persendirian membolot semua model 'hot' dan menjual semula dengan harga yang tak masuk akal. Anda tidak akan jumpa model seperti ini di gedung membeli belah, malah 7-Eleven juga takde berbanding dengan 10 tahun kebelakang.
Model yang biasanya berharga RM8.90 di pasaraya tetapi ada peniaga menjual dengan harga RM45 - RM55. Barang rare katanya... Dah ko bolot semua, memang la susah nak jumpa kat pasaran! Eh.. teremosi pulak, hahah
Set tayar getah 1/64
Set tayar ini pula PR dapatkan di booth jualan sempena Iskarnival Kool - sambutan sempena perayaan Iskandar Puteri sebagai bandaraya. Harga set tayar ini berbeza, ada yang RM15 ada yang RM18, suitable dengan semua model kereta JDM 1/64. Cadangnya nak pasang semula pada model Honda Civic EF tapi belum berkesempatan untuk fokus menyiapkannya.
Plastic Model Kit : C-West Lancer Evolution X
Model ini merupakan sumbangan 3 pelajar PR, untuk diletakkan di sudut meja pejabat. Model ini masih dalam proses pembangunan. Ini merupakan model plastik ke-4 yang PR bina. Ada sedikit kelainan kali ini, PR cuba mengikuti tutorial collector lain bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
Koleksi 2018
Bagi tahun ini, PR dah memasang radar ke beberapa website jualan yang menawarkan produk lebih berkualiti dan berbaloi. Ada juga memasang impian untuk mendapatkan model plastik Honda Civic EG9 tapi tertakluk kepada perubahan.
PR yakin anda juga punya hobi yang sangat kuat dan sukar ditinggalkan. Mungkin hanya boleh dikurangkan pada keadaan yang tidak mengizinkan.
Sudi kongsikan hobi anda?
Sudi kongsikan hobi anda?
0 comments