Tinggal beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan 2018 akan bermula. Kebiasaannya ibubapa akan sibuk untuk memikir dan membeli peralatan dan kelengkapan persekolahan anak - anak. Namun, kena ambil kira beberapa perkara supaya berbelanja dalam lingkungan bajet dan tidak membebankan.
4 Tips Jimat Menyediakan Kelengkapan Sekolah
1. Kenalpasti barang yang perlu dibeli
Adalah lebih baik anda membuat senarai kelengkapan yang benar - benar perlu untuk memulakan sesi persekolahan. Ini adalah untuk mengelak dari terlebih bajet. Lagi bagus kalau anda sediakan anggaran harga bagi setiap item yang hendak dibeli
2. Tak perlu semua barang baru
Periksa beg, baju dan kasut sekolah tahun sebelumnya yang masih elok dan boleh digunakan lagi. Bergantung kepada ekonomi keluarga anda, kalau ada 4 orang anak yang bersekolah, anda perlu buat kira - kira yang sewajarnya.
3. Survey harga
Rajin - rajinkanlah diri untuk membuat survey. Sama seperti kita membeli barang dapur, kadang - kadang ada sesetengah tempat menjual barangan sekolah dengan harga yang jauh lebih murah namun setanding dengan jemana terkenal. Jadi kenapa bayar lebih untuk kualiti yang sama?
4. Tak perlu beli jenama terkenal
Di peringkat sekolah rendah, PR sarankan elakkan membeli barangan sekolah dari jenama yang terkenal. Biasanya harga barangan berjenama agak tinggi dan anak di sekolah rendah mempunyai peratusan tinggi untuk masalah hilang, mudah rosak atau kotor.
Nota Kaki
Berbelanja ikut kemampuan. Jika anda mampu untuk berbelanja lebih, silakan. Namun, PR lebih suka untuk menyarankan jadilah pengguna yang bijak. Mungkin baki daripada penjimatan pada kelengkapan sekolah boleh digunakan untuk keperluan lain seperti buku tambahan atau aktiviti lain.
Jika anda mahukan tips berjimat yang lain, bolehlah merujuk Ebook 123 Tips Berjimat Cermat. Banyak tips yang praktikal dan mudah diamalkan. Kadang - kadang kita tak terfikir, tapi ia berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sekian.
0 comments