Beli barang online menjadi trend masakini. Trend ini seiring pertumbuhan gudang jualan online yang dilihat rancak berkembang melibatkan pelbagai bidang perniagaan termasuk pakaian, kasut, aksesori, barangan elektronik malah peralatan kelengkapan di rumah. Cari, pilih dan beli. Mudah.
Tahun 2017 menghampiri penghujungnya. Biasanya hujung - hujung tahun ni akan ada banyak SALE termasuklah pengusaha gedung online, Lazada.
Lazada kini melancar dan menawarkan festival Online Revolution: Shop the Universe, bermula 11 November hingga 14 Disember 2017. Ingat betul - betul ya tarikh ini.
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Berita baik buat blogger, Lazada menawarkan juga Lazada Online Revolution Blogger Contest. Hadiah menarik bakal menanti *111 pemenang. Ayuh.
1. Apakah produk pertama belian online dan ceritakan pengalamannya.
Produk pertama belian online PR adalah sebuah model kereta mainan. Berbelah bagi juga hendak membuat transaksi, maklum saja kali pertama beli barang online. Tetapi niat diteruskan juga disebabkan model kereta tersebut sukar dijumpai dalam pasaran perdana.
Beli barang online ni produknya tidak boleh dirasa, dibelek malah dicuba. Berbekal harapan tinggi produk yang tiba sama seperti yang tertera di web jualan. Syukur, sehingga ke hari ini dah berapa banyak belian online semuanya baik - baik sahaja.
2. Jenis produk yang dibeli secara online?
PR rasa, sejak 2011 hingga kini, dah pelbagai jenis produk PR beli secara online. Selain diecast model, PR juga berbelanja pada pakaian (jersi pasukan bolasepak), kasut, barang elektronik dan peralatan kelengkapan rumah.
3. Kenapa suka belian online?
Belian online menjadi alternatif masakini. Ia mudah, pantas dan menjimatkan. Anda boleh bandingkan harga dengan cepat - berbanding ke satu persatu kedai - dengan hanya beberapa klik. Anda pilih dan anda buat keputusan. Kadangkala ada juga web jualan menawarkan kupon diskaun pada item tertentu atau pun kos penghantaran percuma.
4. Nyatakan produk yang dirancang untuk dibeli semasa Lazada Online Revolution
Kalau ikutkan wishlist tu memang banyak. Tapi PR senaraikan dua sahaja.
a. Sweet Heart Baby Car seat
b. Folding Photo Studio with LED
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan contest ini, bolehlah layari Lazada Online Revolution Blogger Contest.
Nota Kaki:
Anda pernah beli barang online? Apa produk pertama anda?
Jangan lupa kongsikan di ruangan komen :D
0 comments