Anda suka mengambil gambar? PR yakin hari ini semakin ramai individu gemar mengambil gambar untuk pelbagai tujuan. Pernah terfikir untuk mendapatkan hasil gambar memukau? Kini, terdapat lambakan sumber berkenaan tips dan trick untuk mendapatkan "perfect shot". Susunan blog entri kali ini, PR senaraikan 11 teknik fotografi memukau.
1. Framing
Gunakan bahan sekeliling untuk membina "natural frame" terhadap subjek. Tidak semestinya harus keempat - empat bucu. Ia boleh jadi bingkai tingkap, pintu, pokok malah beberapa ranting kayu. Namun, kena ingat, "frame" tersebut bukanlah mendominasi keseluruhan subjek.
2. Movement
Jika anda mengambil gambar dalam bentuk pergerakan, biarkan ruang kosong di hadapan subjek. Ini akan menjadikan hasil gambar anda lebih dinamik.
3. Direction
Otak manusia lebih cenderung melihat maklumat dari kiri ke kanan, jadi posisi terbaik adalah menghimpunkan subjek berada di sebelah kanan. Boleh apply Rule of Third bagi trick ini.
4. Camera Angle
Bereksperimenlah dengan perspektif. Ini akan menjadikan gambar anda bercerita pada sudut pandang yang berbeza.
5. Negative Space
Pada setiap imej yang terhasil, akan wujud ruang positif (menunjukkan subjek utama) dan ruang negatif (biasanya latarbelakang). Di kala anda terlalu fokus pada ruang positif, jangan abaikan juga ruang negatif.
6. Depth
Depth akan memberi gambar anda seperti tiga dimensi dan lebih memberi feel. Anda boleh cuba guidelines di bawah:
a. Garisan selari - bermula dari garisan terhampir dengan kamera sehingga garisan terjauh
b. Kabus lenyap secara beransur - ansur seolah mewujudkan gambar anda dalam beberapa lapisan
c. Tone - Objek yang dekat lebih besar dan gelap, objek yang jauh kelihatan kecil dan terang
d. Jika anda kaburkan latarbelakang, objek yang dekat lebih jelas manakala objek jauh akan kelihatan menjauh dan kabur
7. Foreground
Jangan lupakan teknik gambar latar depan. Jika anda menambah sesetengah objek seperti kaki, tangan, telefon atau seumpama, audience akan merasakan mereka terlibat sama dengan penceritaan gambar anda
8. Shadows and Reflection
Gunakan elemen ini untuk menjadikan gambar anda lebih dramatik. Gambar yang menggunakan teknik reflection sangat memukau. Percayalah.
9. The Golden Hour and Blue Hour
a. Golden hour - masa yang singkat selepas matahari terbit atau sebelum terbenam. Contrast dikurangkan, dan cahaya menjadi lebih lembut tetapi panas.
b. Blue hour - berlangsung 20 - 30 minit pada waktu subuh setiap pagi dan senja setiap petang.
10. Close Up Shot
Hasil close up shot sentiasa mendapat perhatian. Jika anda mampu untuk berbelanja mahal untuk mendapatkan close up shot yang terbaik, silakan. Melalui tips yang PR pelajari, setitik air sahaja cukup jika anda meletakkannya dengan teliti pada kanta telefon dengan jari anda. Menakjubkan dan mudah untuk melakukannya sendiri. Jujurnya, PR pon belum mencuba kaedah ini.
brightside.me
11. Practice First, Experiment Later
Tak cuba, tak tahu. Kena cuba. Praktikkan peraturan asas seperti yang disenaraikan di atas mana tahu, anda boleh menghasil dan membina gambar yang memukau dengan teknik unik anda sendiri.
4. Camera Angle Position
Selamat mencuba.
0 comments