Baru - baru ini, PR mencuba sendiri untuk menghasilkan seni Copper Tooling. Bagi projek pertama, PR gunakan copper sheet bersaiz A4, 297mm x 210 mm dan menjadikan buluh Jepun sebagai motif.
Bamboo with black antique effect
Secara keseluruhan, PR mengambil masa seminggu untuk menyiapkan projek ini. Tapi on-off. Kenapa ambil masa yang lama? Jom PR bawakan langkah - langkah untuk menyiapkan projek seperti gambar di atas.
Langkah 1
Jika anda pelukis mahir, anda boleh terus membentuk outline pada kepingan tembaga. Jika anda ragu atau 50-50, lebih baik anda cetak / sediakan lukisan dan tekap sahaja pada kepingan.
garisan outline hasil tekapan
Langkah 2
Pilih dan tentukan bahagian yang perlu anda timbul atau tenggelamkan. Ia tiada syarat. Ia adalah mengikut apa yang anda mahukan hasilnya. Melalui garisan outline yang dibentuk di Langkah 1, tekan untuk mendapatkan kesan timbul terhadap motif.
Langkah 3
Bagi memperlihatkan latar belakang yang berbeza untuk menonjolkan motif, anda boleh lakukan beberapa cara. Seperti contoh yang PR buat, ketuk ruang latar belakang secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang sekata. Anda boleh membuat garisan, bulatan atau apa sahaja termasuk abstrak.
Langkah 4
Rendamkan kepingan tembaga ke dalam larutan Kalium Sulfat (Pottasium Sulphate). Pastikan kesemua permukaan tembaga telah bertindakbalas dengan larutan (berwarna hitam). Langkah ini dilakukan bagi memastikan projek tersebut mendapat kesan antik
Langkah 5
Gosok bahagian motif yang anda hendak tonjolkan. Terpulang juga kepada pengamatan anda samada menggosok pada semua permukaan atau bahagian motif sahaja
Langkah 6
Bagi memastikan kepingan tidak teroksida, semburkan cat "clear" dan projek copper tooling anda sudah sempurna!
PR belum sempat lagi untuk memasang bingkai. Projek ini merupakan projek pertama dan PR bercadang untuk menggantungnya di rumah baru kelak.
Nota Kaki
Jika anda berminat untuk mengabadikan seni tembaga ini di pejabat atau di kediaman anda, boleh hubungi PRuntuk tempahan melalui ruangan komen di bawah atau emel padinno@gmail.com
0 comments