Kebelakangan ini, sering kita lihat keluhan di media sosial tentang kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan sejak sistem GST diperkenalkan dan ketidaktentuan harga minyak. Tidak dapat tidak kita perlu juga berbelanja untuk meneruskan kehidupan.
Apa yang penting, PR rasakan semua bermula dengan diri sendiri dalam skop mengurus perbelanjaan dan menstabilkan urusan kewangan. Anda kena cepat berubah dan mencari inisiatif yang praktikal pada setiap aktiviti harian bagi mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan.
Strategi Berjimat Cermat
1. Rekod dan Analisis Keperluan Penggunaan Kenderaan
Pilih jenis kenderaan ikut keperluan. Jika anda mempunyai lebih dari satu kenderaan, pilih yang jimat minyak bagi tujuan ke tempat kerja. Biasakan diri untuk merekod penggunaan petrol, kadar tol jika ada dan jarak perjalanan anda. Buat perbandingan dan tentukan kenderaan yang paling sesuai.
Kaedah pemanduan kenderaan juga mempengaruhi kadar penggunaan petrol. Jadi, rancang perjalanan anda untuk mengelak memandu laju atau tergesa - gesa dan anda boleh menjimatkan penggunaan petrol sepanjang perjalanan.
PR buat kesimpulan, ulang alik pergi bekerja menaiki Kelisa, keluar rumah jam 7.25 pagi, menggunakan laluan bertol sebanyak RM2.30 sepanjang 22km untuk sampai di tempat kerja jam 7.55 pagi dengan kadar purata petrol RM50 seminggu.
Anggaran penjimatan : RM50 - RM100 sebulan
2. Beli Barangan Secara Berjadual
Kesinambungan bagi menjimatkan penggunaan petrol, rancang dan beli barangan keperluan secara berjadual. Disarankan untuk membeli barangan secara pukal untuk kegunaan yang panjang. Hujung minggu kita boleh keluar melakukan aktiviti bersama keluarga di samping berbelanja bagi menjimatkan masa dan parking berbayar jika ada.
Anggaran penjimatan : RM50 sebulan
3. Cuci Kereta Sendiri
Jika sebelum ini anda mencuci kenderaan di kedai cuci, apa kata anda mencuci kenderaan anda sendiri. Lebih puas hati, menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti berpeluh dan yang utama, penjimatan. Tak sampai RM10 bil air anda untuk sekali cucian. Jangan takut.
Sebelum ni PR suka cuci kereta mainan sahaja, lepas ini kena bertambah rajin. hahah
Anggaran penjimatan : RM40 - RM60 sebulan
4. Hentikan Langganan Siaran TV Berbayar
Adakah anda betul - betul perlu melanggan TV berbayar? Hari ini info di hujung jari. Jika anda berhenti melanggan siaran TV berbayar dan dapat menjimatkan sebanyak RM 50 - RM150, mengapa anda tidak melakukannya?
PR dah tamatkan langganan siaran TV berbayar pada 24/11/17.
Anggaran penjimatan : RM50 - RM150 sebulan
5. Bawa Bekal Dari Rumah
Masih ingat anda
membawa bekal semasa zaman sekolah dahulu? Kenapa tidak diteruskan aktiviti ini di tempat kerja. Membawa bekal dari rumah dapat mengawal perbelanjaan harian. Sejak mendirikan rumahtangga, PR membawa bekal dari rumah. Bekal untuk sarapan dan sajian makanan tengahari.
Falsafah PR, kalau panas biar panas betul, kalau sejuk biar sejuk betul. Bagi memastikan air minuman kekal panas sepanjang hari, Ciktom menyediakan air di dalam flask. Bab ni, Ciktom memang handal.
Banyak flask jenama popular di pasaran yang mampu mengekalkan suhu air lebih dari 6 jam, antaranya
Thermos,
Zebra dan pilihan Ciktom adalah jenama
la gourmet.
Anggaran penjimatan : RM50 - RM100 sebulan
Usaha Kecil Kejayaan Besar
Hendak mengubah sesuatu yang menjadi kebiasaan memang payah, tapi kadang - kadang usaha kecil itu boleh memberi kejayaan besar di masa mendatang. Jika difikirkan semula banyak perkara yang boleh kita
jimatkan tetapi ia perlu dilakukan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.
Jom berjimat!