Pernah suatu ketika aku post blog entri yang membincangkan perihal 7 Jenis Facebook Updates. Peredaran teknologi masakini menambahbaik ciri aplikasi laman sembang sosial yang tumbuh bagai cendawan mungkin sedikit sebanyak mengubah arah golongan yang aku sebutkan dalam blog entri tu.
Kewujudan laman sembang sosial ini mengubah cara hubungan komunikasi masa lalu kepada yang lebih dinamik. Boleh aku katakan pasti ada "group" laman sembang sosial yang mengumpulkan ahli - ahli yang berkaitan dengan halatuju group tersebut.
Leka
Group Rasmi
Bagi tujuan untuk menyebar dan menyampaikan maklumat dengan cepat, penggunaan media sosial ini merupakan alternatif terbaik. Bagi organisasi yang mempunyai ramai pekerja, pengujudan Group Rasmi adalah sangat perlu. Makluman berkenaan Pekeliling terkini, makluman tentang Mesyuarat serta peringatan berkaitan cuti adalah merupakan beberapa isi kandungan yang sangat bermanfaat dalam Group Rasmi.
Tetapi,
bila Group Rasmi jadi tempat untuk Mesyuarat Tingkap,
bila Group Rasmi jadi Pasar Malam,
bila Group Rasmi jadi Mesin Punch Card,
bila Group Rasmi jadi Yellow Pages,
bila Group Rasmi jadi Gelanggang Tinju,
bila Group Rasmi jadi Kedai 24 Jam,
bila Group Rasmi jadi tempat Mengipas Angin...
Aku bosan.
Aku pernah keluar dari Group Rasmi tetapi dasar organisasi yang menyahut kempen paperless mengakibatkan banyak arahan kerja hanya akan dipaparkan di Group Rasmi dan mungkin aku akan ketinggalan maklumat.
Kalau anda mengalami perkara yang sama, apa yang akan anda lakukan?