Hujung minggu lepas, secara tepat 12.12.2015 aku bersama 3 rakan lain berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Selangor dan Kedah. Umum, keputusan pada malam tersebut, Selangor berjaya menewaskan Kedah 2-0 seterusnya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia 2015.
Terlalu lama untuk menyaksikan Selangor mara ke final, maka peluang ini tidak akan dilepaskan. Semasa era 2005 - 2008, selalu juga aku ke Stadium Shah Alam (SSA), kebetulan juga pada 2008 aku menjalani latihan industri di Selangor. Sekarang, mencari rezeki di Johor, susah juga nak kerap berkunjung ke sana.
Masa tu, memang geram sungguh dengan pemain import Kedah yang selalu menggagalkan misi Selangor, yang ditunjangi Marlon Alex James dan Nelson Martin. Tetapi skrip 2015 dah berbeza.
Cuma, resah seketika apabila pemegang tiket kami berempat tidak muncul sehinggalah jam 6.45 petang. Ketika masuk ke stadium, keseluruhan tempat duduk tingkat bawah telah penuh diisi penyokong kedua - dua pasukan.
Suasana sebelum masuk stadium
Berada di tingkat yang paling atas, agak jauh juga pandangan ke tengah padang, dan tak dapat mengenal pasti siapa yang menjaringkan gol. Apa pun, kedudukan kali ini lebih baik berbanding final Piala FA 2005 ketika menentang Perak - pagar paling atas.
Penyokong membanjiri SSA
Apa pun, kemeriahan di stadium memang berbeza jika anda menonton di layar gergasi atau skrin TV di rumah. Sekali sekala dapat menonton pasukan kesayangan di stadium untuk perlawanan besar, OK la tu. Tambah - tambah memperoleh kemenangan.
Anda penyokong pasukan Selangor? Jika tidak, anda sokong pasukan mana? hahahh
0 comments