Dah masuk September tahun ni. Bila baca blog entri 99.9 MTB Jamboree 2014 Keck Seng, dah setahun tapi rasa macam baru je lagi post tu.. Hahahaa.
Baik. Lupakan kisah berbasikal tu sekejap. Tumpukan semula perhatian anda pada post kali ini, Tambah Perisa Penyedap Rasa.
Lazimnya, dalam makanan yang kita hidang atau makan mesti ada perisa tambahan untuk mengelokkan rasa sedia ada. Nasi putih yang kita jadikan sebagai makanan ruji perlu ditambah dengan kuah kari, kicap, atau kuah asam. Pedas. Masin. Berempah. Itu asas. Bagi yang kurang bernasib baik, sekepal nasi putih sudah cukup membahagiakan.
Hari demi hari, makanan kita ditambahbaik, diubahsuai supaya mendatangkan lagi nyala rasa untuk dinikmati. Burger yang asalnya berasas daripada roti, kepingan daging ayam (lain - lain), sedikit sayuran dan sos diubahsuai menjadi lebih menarik dan menggiurkan dengan tambahan keju melimpah-ruah, sos tambahan dan makanan sampingan.
Popia Pisang, Sumber
Murtabak yang biasanya berasas bawang dan telur kini ditambah dengan keju. Pisang goreng yang rangup ditambah pula dengan keju cincang dan dilimpahi coklat manis. Mee segera juga ada ditambah keju. Pisang dibalut dengan kulit popia. Kuih ketayap diintikan telur hancur.
Sumber : blog Masam Manis
Untuk apa makanan ini diubahsuai dan ditambah dengan sesuatu yang baru? Berbalik kepada tajuk yang aku utarakan, penambahan bahan perisa dan bahan tambah dalam masakan boleh meningkatkan rasa dan selera berbanding makanan asal.
Perihal ini aku cuba kaitkan dengan mentaliti kehidupan manusia. Bila bercerita, mesti ada 'nasi tambah', mesti ada 'bahan perisa'. Baru lah cerita akan jadi syok! Barulah cerita takkan jadi lapuk. Barulah cerita akan jadi perhatian.
Tetapi, dalam apa cara kita menambah perisa, kena beringat jangan sampai melebih - lebih. Kena renung dan fikir juga apa kesan yang akan berlaku di hari mendatang? Sama. Baik cerita yang aku kupas melalui makanan, mahupun cerita orang yang 'tambah perisa'.
Aku harap anda boleh dapat apa yang aku sampaikan. Sekian...
0 comments