Aku terkejut, tak sangka dan sedih dengan pemergian sahabat blogger yang dikenali Cha'on (enche' oren) Jumaat lalu (8 Feb 2013).
Menurut bacaan di FB,
"... Kembali ke rahmatullah pd Jumaat 8/2/2013 di usia 26 thn dlm kebakaran kilang tmpt beliau bertugas di Klang Selangor.
Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Hulu Langat pd pg 9hb Feb 2013..."
Walaupun hanya rakan menyapa di blog dan Facebook, tetapi terasa juga. Antara blogger terawal yang aku kenal dan wujudnya ruang sembang diblognya merapatkan hubungan dan disitu lah belajar hal blog juga. Perkenalan dengan isterinya juga bermula di ruang sembang tersebut. Baru 2 bulan mendirikan rumahtangga, tetapi Allah lebih mengetahui.
Apapun, yang pergi tetap pergi. Aku pasti kalau pun blog ini juga akan berkubur suatu hari nanti, ia akan tetap tersimpan dalam kenangan.
Al-Fatihah
0 comments