Sejak menonton cerita Hatiku Di Kinabalu, terdetik pulak rasa nak menjejak kaki di gunung tersebut. Walaupun pengalaman yang akan aku kongsikan bukanlah cerita pendakian gunung tersebut, tetapi aku masih lagi menyimpan angan - angan untuk menjejak kaki di puncak Kinabalu.
Aku bercuti di Kota Kinabalu 4 hari 3 malam bersama 2 rakan lain, menginap di kuarters staff IKM Kota Kinabalu. Hahah jimat sikit hal penginapan, dan kereta pinjam pada kawan yang juga berada di sana. Percutian ni tak ambil pakej mana - mana, lebih kurang percutian redah sajalah..
Bersantai sekejap di Karambunai
Bangun di awal pagi mengharapkan pemandangan yang menarik tentang Gunung Kinabalu, tetapi tidak menyebelahi sebab awan tebal menutupi keseluruhan pemandangan gunung. Sepanjang perjalanan ke Kinabalu Park, kadang - kadang dapat terlihat kelibat sang gunung menyorok di balik awan.
Tiba di Kinabalu Park, teruja melihat beberapa peserta bersedia untuk mendaki. Difahamkan, sesiapa yang ingin mendaki perlu mendaftar awal dan sedikit bayaran. Kalau dari Semenanjung, lebih kurang RM6++. Aku teringin untuk mendaki gunung tersebut tetapi perlu bersedia dari segi kewangan dan juga stamina. Keh keh keh..
Menyambung perjalanan ke Mesilau Nature Centre, seterusnya Poring Hot Spring dan berkesempatan juga singgah di Luanti.
Poring Hot Spring, tempat kolam air panas dan terdapat trek pendek untuk pendakian serta perlu meniti jambatan gantung yang mempunyai 5 sambungan kesemuanya. Walaupun gayat, tapi aku berjaya meneruskan perjalanan sampai ke akhirnya.
Sebelum pulang, singgah di Luanti, tempat "fish massage", boleh pilih samada untuk celupkan kaki atau untuk satu badan. Aku? hanya ambil gambar dari atas sahaja sebab aku tak boleh terima 'kemesraan' ikan di situ, ekekee...
Cuma dalam perjalanan tersebut, tertinggal satu kawasan di namakan ladang lembu di Kundasang, difahamkan keadaannya seperti ladang lembu di New Zealand. hahahh takpe kalau ada rezeki aku akan sampai ke sana lagi.
Setakat ini sahaja untuk kali ini, hari kedua aku di Kota Kinabalu....
0 comments