Isu pindah memindah dalam organisasi ni memang kerap di dengar. Pindah tempat bertugas ni boleh jadi atas permintaan pegawai itu sendiri, atau dipindahkan oleh pengurusan tertinggi, atau berpindah kerana naik pangkat. Itu memang biasa dan tidak boleh tidak kena akur bila pekeliling arahan berpindah telah dikeluarkan.
Ketua Program jabatan aku dipindahkan ke tempat baru di IKM Kuching berkuatkuasa 25 Feb ini, dengan memegang jawatan baru iaitu Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TP HEA). Setelah hampir 20 tahun di IKM JB (bermula 1994), En Wan Jazlan Zuhairi kini bertugas di Kuching pula.
Semestinya, pengalaman bekerja di JB terlalu banyak untuk dikongsi. Beliau merupakan antara individu yang bekerja keras untuk membangunkan program Sijil Retikulasi Gas pada awal penubuhan jabatan aku bertugas sekarang, sehinggalah mendapat pusat pentauliahan Jurugegas Gas Kelas 1 (Gas Fitter Class 1) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Beliau juga merupakan antara individu yang membangun dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti di IKMJB bermula 2002 sehinggalah dipersijilkan ISO 9001:2008 oleh SIRIM pada 2009 (sehingga kini). Kalau dah 20 tahun tu memang banyaklah jasa, sumbangan dan sentimental value, bersesuaian dengan pemilihan Anugerah Pengarah pada majlis Hari Kualiti 2012 lalu.
"Anugerah ini bukanlah sesuatu yang membolehkan saya leka, tetapi sebagai satu tanggungjawab untuk saya terus fokus dalam perkhidmatan dan organisasi..." - Wan Jazlan, 2012
Bagi aku sendiri, beliau memang ada ciri pemimpin yang baik dan berkarisma. Tidak lokek ilmu, sentiasa sedia memberikan cadangan, nasihat dan tunjuk ajar tanpa ada rasa jurang dengan pegawai lain. Sentiasa fokus dengan visi dan misi, berkomunikasi dengan berkesan dan mudah di bawa berbincang.
Apa pun, jika anda pernah memimpin orang lain, pimpinlah dengan baik, kerana jika anda sudah melepaskan jawatan tersebut, anda akan masih kekal dihormati dan disanjung kelak. Setuju atau tidak, aku tak kisah tetapi bagi pendapat aku sendiri, jadilah apa yang anda hendak jadi tetapi hati dan tindakan mesti baik dan ikhlas.
0 comments