Tak sabar rasanya nak tengok Brazil bertemu Sepanyol pada perlawanan akhir Futsal FIFA 2012 di Thailand. Kalau tengok rekod 2 pasukan ni memang ada nama dalam futsal dunia. Tempoh hari aku berkesempatan menonton perlawanan genting antara Argentina dan Brazil di mana Falcao menjadi wira menyelamatkan Brazil dengan menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan.
Selasa lepas, cuti, pelajar jabatan aku mengambil kesempatan mengadakan pertandingan futsal antara semester, dan aku menjadi pemain jemputan, sebab staf yang lain dalam jabatan aku sudah berkomitmen lain. 8 pasukan yang mendaftar, dan dibahagikan kepada 2 pasukan, bermain secara liga, dan diteruskan dengan separuh akhir dan perlawanan akhir.
Di peringkat kumpulan, pasukan aku (bersama pelajar Semester 5) menang kesemua perlawanan, dengan keputusan 4 - 1 (Sem. 1Ai), 3 - 1 (Sem. 1Bii) dan 1 - 0 (Sem.2). Dalam perlawanan tersebut, aku menjaringkan 6 gol. (3-2-1). Dengan 9 mata maksimum, pasukan aku layak ke peringkat separuh akhir.
Permainan diteruskan, dan di peringkat separuh akhir, pasukan aku menang 3 - 0 dengan Sem. 1Ai. Dalam perlawanan itu, aku tidak dapat menjaringkan gol, tidak kisah asalkan beroleh kemenangan. Pada perlawanan akhir, pasukan aku kalah dengan jaringan 1 - 3 dengan Sem 1Bi. Masa ini, tenaga dah berkurangan sangat.
Aku berpuas hati walaupun kalah. Pada usia 26, berhadapan dengan pelajar yang rata - rata berumur 18 - 21 tahun, memang amat memeritkan. Mereka sangat aktif, bertenaga, bersemangat dan aku tidak bersungguh sebagaimana mereka bermain kerana hadiah yang ditawarkan hanyalah hamper sahaja.
Kata Semangat The Reborn
Aku lega kerana mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, tidak bergaduh dan segera settle down sekiranya berlaku pergelutan yang tegang. Kalau ada yang bergaduh, pening kepala juga.
The Reborn (UTM)
Teringat pada zaman aku belajar dahulu, memang banyak pertandingan futsal yang dianjurkan dan banyak kali juga sampai ke peringkat akhir, tetapi dalam beberapa siri perlawanan akhir, hanya sekali sahaja meraih gelaran juara. Aku rasa badi itu terus bersama aku dalam beberapa siri perlawanan futsal yang aku sertai.
Hadiah kemenangan
Apapun, satu rekod untuk aku semasa di UTM, 50 gol untuk 16 pertandingan futsal, merupakan kenangan manis aku dalam sukan ini. :D
0 comments