Iklan, dengan kata lainnya usaha memperkenal, memberitahu dan mempromosi sesuatu kepada umum. Iklan sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan masyarakat. Hari ini boleh kata di mana sahaja iklan boleh dilihat seperti akhbar, poster, banner, papan iklan gergasi, radio dan juga laman sesawang. Fenomena ini menggambarkan hari ini iklan sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia.
Tetapi, tidak dapat tidak pengaruh iklan ini bukan sahaja membawa kepada perkara positif, malah ia juga boleh berlaku sebaliknya. Dalam keadaan ini, tindakan rasional masyarakat menilai sejauh mana keberkesanan iklan tersebut dan memilih samada ia berguna atau tidak.
Iklan yang pelbagai ini sebenarnya memberikan pilihan kepada pengguna. Daya penarik pada iklan mampu membuka mata masyarakat bahawa terdapat banyak pilihan di luar sana bergantung kepada kualiti, keberkesanan produk, atau beberapa kriteria yang diperlukan pengguna.
Selain itu, kewujudan iklan juga turut mewujudkan persaingan antara produk. Jika anda bandingkan antara 2 produk yang baru, anda pasti akan melihat segala "kelebihan & kekurangan" produk tersebut melalui iklan yang tersedia. Produk yang anda beli adalah merupakan kejayaan pengaruh iklan tersebut.
Promosi blog melalui jersi bola sepak
Seperti yang aku tulis di awal perenggan tadi, pengaruh negatif iklan tidak boleh diketepikan juga. Kadangkala iklan tersebut sering memaparkan imej, tulisan dan daya tarikan yang keterlaluan. Menggunakan model wanita seksi untuk melariskan produk kesihatan yang kadangkala tiada kaitan pun. Ini bolehlah aku katakan sebagai ekploitasi manusia untuk manusia.
Iklan juga mampu mempengaruhi masyarakat untuk membeli barangan yang sebenarnya mereka tidak perlukan. Sikap ini merupakan suatu pembaziran dan masyarakat perlu tahu menilai samada ia adalah keperluan atau kehendak semata - mata.
Aku akui, ada juga terpengaruh dengan iklan di televisyen, di blog, di papan iklan gergasi dan kadangkala memang aku sendiri geleng kepala dan bercakap dalam hati, "pengaruh iklan....." huhuhhh... Antara pengaruh iklan yang terbesar memerangkap aku ialah.......... Belt Suspender... Aku pun tak pasti bila aku hendak pakai benda alah ni...
Kesimpulannya, pengaruh iklan terhadap masyarakat sama sekali tidak dapat dinafikan. Tetapi, ia bergantung kepada rasional pengguna samada terpengaruh atau tidak, perlu atau tidak untuk membeli sesuatu produk berdasarkan iklan yang dilihat.
Komen anda?
0 comments