Semua orang jika diberi pilihan, mahu berjimat dan dapat mengurangkan perbelanjaan pada perkara yang boleh dielak dan peruntukan itu boleh digunakan pada keperluan lain. Bagi pengguna kenderaan, kereta khususnya masalah kehausan tayar tidak dapat tidak ia akan berlaku tetapi bezanya pada berapa lama jangka hayat tayar tersebut.
Mitos tayar yang mahal lebih berkualiti dan lebih lama jangka hayat penggunaannya boleh disangkal sekiranya pemandu tidak mengambil kira beberapa faktor. Setelah membuat pemilihan tayar yang betul dan sesuai dengan kereta anda, pastikan juga beberapa perkara berikut. Yelah, kalau boleh guna tayar dalam 2 tahun pun dah cukup puas hati rasanya (bagi sama kes macam aku selalu perjalanan jauh).
Jika anda perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama, bunga mula menghaus.
Perhatikan jika :
1. Kadar kehausan bunga di bahagian tepi kanan dan kiri lebih ketara berbanding di tengah, maknanya tekanan angin tayar tidak cukup dari sepatutnya.
2. Kadar kehausan bunga di bahagian tengah lebih ketara, maknanya tekanan angin tayar terlalu tinggi/ terlebih
3. Kehausan tayar lebih ketara pada satu bahagian tepi sahaja, maknanya tayar mencapah ke luar atau ke dalam.
4. Kehausan tidak sekata, maknanya penyerap hentak tidak berfungsi dengan baik.
*tidak ikut aturan nombor pada gambar
Masalah Kehausan Tayar, fountaintire.com
Bagi mengurangkan kesan - kesan yang disebut di atas, anda boleh periksa tekanan angin tayar yang di cadangkan di panel pam angin. Anda juga perlu buat tyre alignment/balancing secara berkala sebab jalanraya bukannya rata sepanjang masa dan boleh menjadikan alignment tayar tidak tepat sepanjang masa.
Laburkan juga sedikit duit untuk membeli penyerap hentak yang baru bukan sahaja untuk keselesaan pemanduan malah untuk jangka hayat tayar juga.
Anda juga perlu tahu dan sedar, tayar kereta menampung beban yang berbeza. Perbezaan beban menyebabkan kadar kehausan yang berbeza bagi setiap tayar. Buatlah tyre rotation, (tayar belakang ke depan, kiri ke kanan) untuk menjadikan tayar tersebut menampung beban yang sama bagi memanjangkan jangka hayat tayar anda.
Aku rasa perkara ini telah dijelaskan semasa mengambil lesen memandu tetapi kadangkala lupa dan tidak di praktikkan. Bagi aku, cukup berbaloi kalau keluarkan sedikit belanja untuk membeli tayar yang berkualiti di samping menjaganya dengan betul. Sekurang - kurangnya dalam tempoh 2 - 3 tahun tak perlu sangat nak fikir masalah tayar kereta.
Kalau anda mahu tambah tips berdasarkan info yang anda dapat dan pengalaman, jangan malu dan segan kongsikan bersama... :D
0 comments