Sekarang ni aku menyewa seorang diri. Mulanya bertiga, seorang dah keluar (berkahwin) pada Mei,dan yang terbaru seorang lagi keluar (berkahwin juga). Hmm, terasa jugaklah sunyi. Bukan aku tak mahu mencari teman penyewa baru, tapi entahlah minda negatif aku.. kalau boleh aku taknak cari penyewa sembarangan.
Adat menyewa dengan teman lain, barang - barang gunasama akan dibahagi - bahagikan dan yang mana koleksi peribadi akan di bawa keluar bersama. Untuk setting semula pada keadaan asal, kusut juga. Tapi Alhamdulillah semuanya dah kembali macam asal, cuma tinggal astro je belum masuk lagi.
Bila keseorangan ni, mulalah fikiran jadi macam - macam. Tambah pula baru pulang ke kampung, dan bila rindu menjengah minda, gambar - gambar jelah jadi peneman. Aku kongsikan antara gambar yang ada di Hari Raya Pertama. Gambar keluarga aku. :D
0 comments