Tanpa memanjangkan cerita, aku senaraikan pembaca yang sporting memenangi duit raya padinno bernilai RM10. Kepada pemenang, sila emailkan butir nama (nama penuh & blog, dan nombor akaun) ke alamat padinno@gmail.com untuk tujuan pemindahan wang.
1. Penaberkala
Pada aku, Perjalanan Ini amat hidup! Analoginya, ia tak ubah seperti perjalanan hidup kita. Ada suka, ada duka, ada cerita, ada cereka. Itulah yang dapat digambarkan tentang blog padinno yang macam-macam ada bak hang. Dari cerita peribadi, tips sehinggalah kepada perkongsian kisah hidup dan hobi. Lukisan pun ada, keh3"
tahniah bro, selamat menyambut ulangtahun ke-3
teruskan berblogging :)
2. Lagenda Mahsuri
Pada Mak, Perjalanan Ini adalah sebuah blog yang sempoi dan lbh bersifat peribadi. Tu yg mak rasa lbh dekat dgn tuan punya blog nih tuh!
3. Akubiomed
Pada saya, Perjalanan ini perlu kembali x faktor 2 tahun dahulu yang saya kenali. Saya faham dengan peristiwa sedih berlaku membantut keceriaan tersebut untuk dikongsikan bersama blog ini.
4. sop.name.my
Pada Sop, Perjalanan Ini perlu kembali aktif dalam blogging dengan mengambil perhatian dengan perkara berikut:
- kembali aktif dalam penulisan. kengkangan masa bukan penghalang kerana Padin boleh merancang penulisan dan membuat auto publish
- mengadakan segmen - Perjalanan Ini pernah aktif mengadakan segmen dan juga menyertai segmen
- mengadakan kumpulan blogger
- warung kopi padin pernah menjadi warung yang mendapat sambutan. Mungkin buka restoran pula?
- menganjurkan peraduan
- masih teringat dengan peraduan yang Sop menang besar dari Perjalanan Ini. Hehehe
- berkongsi apa yang Padin suka
- Perjalanan Ini dulu selalu berkongsi idea lukisan yang mana Padin punyai kemahiran
- aktif blogwalking - newbie dan otai masih blogwalking cuma gaya yang berbeza. Orang laman blogwalking selalu tinggalkan komen yang membina. Newbie tinggalkan komen di shoutbox tetapi Sop buat kedua-dua. Hahaha
Hanya ini yang boleh Sop cadangkan buat Perjalanan Ini dahulu. Sambung pada episod akan datang (jika ada heheheh)
5. Ciktom tom tom bak!
Perjalanan ini perlu kembali mencari rentak/ aura blogging seperti permulaan cik tom kenali blog ini.. berkongsi sesuatu yang menarik dan bermanfaat :)
5 + 1. Hazmin Hamudin
Pada aku, perjalanan ini harus diteruskan walau apa jua rintangan di depan kita. Hidup ini ibarat jutaan titik-titik yang kita sambungkan untuk menentukan gambaran apa yang kita pilih. Blog sebagai karya, tempat untuk kita luahkan atau sampaikan kepada masyarakat dan haruslah digunakan dengan cara berhemah.
Terima kasih pada pembaca yang telah memberi pendapat anda. Aku akan teliti dan berusaha memperbaiki lagi padinno.com. Anda boleh baca lagi komen pembaca lain di 3 Tahun padinno.
0 comments