Petikan email yang diterima:
Salam. Sy berkenalan dengan blog awk melalui enjin carian, pakcik google. Sejak itu, sy menjadi pembaca senyap dan sy rs beberapa content awk yg sgt membantu. Awk pengjar dan cara olahan awk mmg mudah dan senang faham. Nak tahu sy cari apa masa tu? kepentingan penjagaan gigi. hehehe.. klu boleh awk tulis la lagi artikel santai macam tu. boleh juga awk buatkan cntoh karangan cara penjagaan gigi pulak. :)
Emm, terima kasih pada individu yang menghantar email. Hahahh, dah macam perunding kesihatan pula. Contoh karangan? Emm, aku mengaku aku sedang - sedang je mengarang ni, Bahasa Melayu SPM pun dapat A2 sahaja. Aku menulis dengan skema sebab pembaca aku pelbagai (kot! hahah), jadi semua orang boleh baca dan terima. Contoh karangan.... emm
Senyum dengan gigi yang cantik, :P
Contoh Cadangan Jawapan Karangan Cara Penjagaan Gigi
Sesuatu benda jika dijaga dengan baik dan rapi, anda akan dapat menikmatinya dengan lebih lama dan mengurangkan perbelanjaan anda untuk tujuan penyelenggaraan atau pembaikpulihan. Gigi sebagai contoh, merupakan elemen utama juga dalam tubuh manusia yang patut dijaga dengan baik.
Perkara asas yang perlu anda tahu berkaitan penjagaan gigi adalah apa yang dimaksudkan dengan penjagaan gigi yang baik. Kalau dah tahu asas, baru boleh pergi ke peringkat yang seterusnya. Penjagaan gigi yang baik termasuklah gigi anda bersih dan bebas daripada sebarang kotoran (cebisan makanan), gusi anda berwarna merah jambu dan tidak berdarah semasa memberus atau flos, dan yang terakhir kurang masalah nafas berbau yang konsisten.
Kekal konsisten menjaga gigi dengan baik bukan sahaja menjadikan anda lebih selesa, malah ia boleh menambahkan keyakinan anda untuk bercakap dengan individu lain. Penjagaan harian yang teliti boleh membantu menghenti atau mengurangkan masalah yang mungkin timbul pada gigi dan ia mengurangkan rasa kesakitan dan kos yang tinggi semasa rawatan.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh dicuba termasuklah memberus gigi anda 2 kali sehari. Sekali sebelum tidur, dan sekali selepas anda bangun tidur. Semasa anda tidur, mulut akan menjadi kering dan bakteria akan bersorak gembira kalau gigi anda tidak diberi perlindungan! Hahah, kalau berus gigi banyak sangat dalam sehari pulak boleh menyebabkan gusi rosak dengan cepat. Jadi, jangan mengada - ngada, berus 2 kali je sehari.
Tips semasa memberus gigi termasuklah memberus secara perlahan, ambil masa (jangan gopoh), gunakan berus yang lembut dan halus. Sebagai contoh, aku menggunakan berus gigi Colgate Slim Soft. Memang lembut dan halus. Bila halus tu, boleh masuk ke celah gigi di mana di situ selalunya cebisan makanan akan berkumpul dan jika dibiarkan akan menjadi karang gigi.
Tukar berus gigi setiap 3 bulan. Kalau rajin, buat flos gigi setiap hari, kalau malas sikit buat seminggu sekali. Kalau malas juga, tak payah fikir pasal cara penjagaan gigi. Hahahh.. Memang tak boleh fokus la nak buat karangan, patutla aku tak pernah dapat A dalam Subjek Penulisan.
Point yang terakhir aku adalah, anda adalah apa yang anda makan. Maksudnya, gigi anda juga kebal bergantung pada makanan yang anda ambil. Kurangkan pengambilan snek, makanan ringan, kek, gula - gula dan coklat. Bukan tak boleh makan, nanti salahkan aku pulak menyekat kebebasan untuk menikmati makanan. Baca betul - betul, kurangkan... bukan hentikan.
Sebagai penutup, aku tulis benda ini sebagai cadangan jawapan sahaja. Kalau anda pelajar sekolah yang mahu menggunakan point yang ada, anda boleh olah menggunakan kreativiti anda. Kalau aku tulis karangan yang penuh, lebih baik aku je yang masuk dewan peperiksaan. Hehehee..
Jadi, bagaimana pula anda menjaga gigi?
0 comments