Wahaa setelah menghabiskan hampir 2 minggu bercuti di kampung, aku kembali bertugas seperti biasa untuk tahun yang keempat. Walaupun hari ini Isnin, tapi aku rasa macam semangat lebih pulak. Hahahh, rata - rata dalam Facebook dan blog, ramai kenalan siber meletakkan pelbagai status berkenaan hari terakhir 2012, rangkuman 2012, azam untuk 2013 dan lain.
Aku juga, mungkin dari salah seorang blogger yang anda kenal post benda yang sama jugak. Harap jangan bosan lah ye, hehee kalau bosan kunyah la kuaci then sambung baca semula. Kalau bosan jugak, emmm pi ngaji Quran la... lagi bermanfaat.
2012 dalam kenangan. cewah, macam tajuk lagu gitu. Takdelah, secara keseluruhan 2012 ni bagi aku tahun yang biasa - biasa aja. Tak boleh lawan 2009 dan 2011. Ada perkara yang bagus dikenang, ada perkara yang kalau boleh tak nak di kenang. Tetapi, nak taknak ia tetap jadi sejarah hidup aku untuk tahun 2012.
Ke mana arahnya?
Dari segi kerjaya, tiada apa perubahan, aku masih lagi dengan J41 - PLV. Semakin lama aku semakin boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja, dan aku akan sentiasa berusaha untuk menjalankan tanggungjawab aku sehabis baik.
Skop peribadi, masih belum ada rezeki untuk melangsungkan perkahwinan. Jadi dengan sedikit simpanan yang ada, aku telah berjaya membelanjakan diri aku sendiri dengan set kelengkapan rumah dan juga sebijik iPhone, hahahhh...
Bagi blog, statistik jelah yang boleh menceritakan apa yang berlaku di blog ini bagi tahun 2012. Termasuk entri yang sedang anda baca, menjadikan blog entri hanyalah berjumlah 107. Alexa 624,488 (6957 MAS) dan lain - lain aku pun dah tak berapa nak periksa.
Akhir kata, kalau ada tulisan aku yang tidak menyenangkan anda, aku minta maaf. Dari semasa ke semasa aku akan cuba perbaiki. Sekian.