Mari kita tengok beberapa gambar di bawah ni..
Metering Station (Stesen Memeter)
Natural gas pipeline (talian paip gas asli)
LPG bulk tank (tangki pukal Gas Petroleum Cecair)
Gas Processing Plant (Loji pemprosesan gas)
Gas Processing Plant (Loji pemprosesan gas)
Ha.. sebentar tadi anda telah di bawa sekejap berada dalam dunia minyak dan gas.. Ala, apa yang orang selalu sebut tu.. Oil & Gas.. Okeh, di sini aku nak ceritakan sikit pasal industri minyak dan gas ni.. Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak dan gas.
Permintaan terhadap penggunaan gas semakin meningkat tahun demi tahun.. (Gas yang di maksudkan di sini ialah gas asli dan gas cecair petroleum). Hal ini kerana gas merupakan sumber bahan bakar alternatif selain penggunaan petroleum dan diesel, yang menjanjikan pembakaran yang lebih bersih - mengurangkan masalah pencemaran, harga yang jauh lebih murah dan banyak faedah - faedah lain..
Aku bukanlah nak bercerita panjang lebar sangat pasal ni, hee cuma aku nak kongsikan yang industri gas ni merupakan salah satu prospek kerjaya.. Yelah, kita tengok sekarang ramai siswazah yang hebat - hebat tetapi menganggur.. Sebab apa? Sebab kebanjiran produk tidak setimpal dengan kekosongan yang ada.. Jadi apa salahnya kita beralih ke bidang baru, yang mana menjanjikan prospek kerjaya yang luas..
Jangan tak tahu pulak ye, di Malaysia ni, IPT yang menawarkan kursus gas asli dan petroleum adalah UTM, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional Perlis. Dapatkan maklumat tambahan di pusat pendidikan tersebut. Sekian.
9 comments