Sedar tak sedar, sudah lima tahun menggunakan Axia G 1.0 Model 2017. Tiba masa untuk selenggaraan rutin kali ke-10. Seperti artikel terdahulu, ini kereta baharu (first hand) jadi jadual penyelenggaraan adalah mengikut genap enam (6) bulan.
Artikel : Pengalaman Kereta Axia Baharu
Selenggaraan Rutin Kali ke-10
Waranti dah habis kalau ikutkan selepas genap 5 tahun (Mei 2024). Tapi Ciktom masih lagi mahu melakukan selenggaraan keretanya di pusat servis Perodua. Saya ikutkan sahaja. Kali ini, daftar perbatuan adalah 70,000km. Dalam tempoh 5 tahun, secara purata setahun dengan perbatuan 14,000 km atau lebih kurang 7,000km pada setiap 6 bulan. In fact, perbatuan pada selenggaraan ke-9 adalah 63,000 km.
Jadi, jika anda pengguna baharu Perodua Axia di sini saya sertakan beberapa item alat tukar ganti bukan lazim yang telah saya buat sepanjang 5 tahun.
- bateri - tahun keempat, selepas selenggaraan ke-8
- tayar - tahun keempat, selepas selenggaraan ke-8
- pad brek (hadapan) - tahun keempat, selepas selenggaraan ke-9
Bagi kategori penggunaan pula adalah daily used. Tahun pertama ke tahun keempat lebih kurang 300km seminggu sebab saya menggunakan ulang alik pergi kerja. Penggunaan ke luar Johor adalah seperti berikut:
- JB - Kuala Terengganu (2019) - balik kampung
- JB - Port Dickson (2019) - kursus (Kerjaya)
- JB - Shah Alam (2020) - Family Gathering
- JB - Kuala Terengganu (2023) - balik kampung
- JB - Kuala Lumpur (2023) - holiday
- JB - Kuala Lumpur (2024) - kursus (Kerjaya)
Penambahan Aksesori
Bagi tempoh enam bulan (Selenggaraan 9 ke 10), terdapat beberapa aksesori tambahan, yang lebih mengutamakan faktor keselamatan dan keselesaan pengendalian.
1. Front Strut Bar - bar keselamatan dalam masa sama memberi pengukuhan tambahan kepada chasis. Pengalaman berbeza terutama pengendalian semasa selekoh.
2. Rear anti roll bar - bar keselamatan bagi mengukuhkan sistem suspensi bahagian belakang.
3. Dashcam Camera - Ciktom dah mula menghantar dan mengambil Adira di tadika. Jadi amat penting dashcam buat masa sekarang.
4. Balutan stereng - setelah 5 tahun, tambah balutan kulit untuk menambahkan citarasa ketika memandu. Balutan kulit ini menggunakan perkhidmatan JY Auto Leather, Iskandar Puteri.
Minor Scratch
Alhamdulillah sepanjang 5 tahun ini, Allah jauhkan daripada malapetaka ketika memandu Perodua Axia ini. Cuma ada sekali pemandu (1)(P) telah menggores manja bahagian fender kiri hadapan ketika cuba masuk parkir. Mujur pelaku jujur dan menunggu sehinggan kami selesai membeli belah di sebuah pasaraya untuk menceritakan kejadian penuh.
Perbincangan antara pelaku dan pemilik kenderaan tenang dan mencapai kata sepakat. Calar manja tersebut diselesaikan dengan paint corrector. Memang tak dapat macam asal, cuma bila tengok dari jauh seakan tiada apa - apa yang berlaku.
Calar Manja?
Paint Correction applied!
Hutang Lagi Separuh.
Bermula Mei 2024, bermakna selesai 5 tahun selesai ansuran bulanan. Masuk tahun keenam sudah. Rasa teruja juga bila lihat baki hutang semakin mengecil. Harap - harap kereta ini memberi bakti penuh dengan kos selengaraan rutin sahaja. Amin.