Banyak artikel berkaitan kelebihan simpanan emas diantaranya bagaimana emas membantu mengukuhkan kewangan anda. Saya bukan player utama dalam simpanan emas cuma seronok untuk berkongsi sahaja.
Simpanan Bar Emas
Kesedaran saya menyimpan emas bermula 2014 diperkenalkan rakan blogger, Macy. Rezeki waktu bujang boleh menyimpan bulanan secara konsisten. In fact, saya menjadikan 2 dinar emas 999.9 sebagai mas kahwin.
Cuma bila dah berkeluarga ni, tercicir juga nak menyimpan secara konsisten. Ada rezeki lebih, adalah. Pada awalnya saya tertarik untuk mengumpul koleksi daripada beberapa pengeluar. Tetapi bila saya perlukan emas untuk pajakan, ada diantaranya tidak dapat diterima bagi sesetengah institusi malah perlu diterima dengan syarat - syarat tertentu.
Public Gold
Jadi, saya mengambil langkah setia dengan satu institusi sahaja iaitu Pos ArRahnu. Public Gold mengadakan kolaborasi rakan strategik bersama Pos ArRahnu. Setiap kad sijil bar emas (wafer gold certificate card) yang dipajak tidak perlu dikopek atau ditanggalkan daripada kad asal. Sebagai card design collector (dan pastinya emas juga), pasti sayang kalau emasnya berpisah daripada kad sijil.
Saya mendapatkan kad sijil bar emas Public Gold melalui akaun GAP, PG Mall dan kadang - kadang urusniaga di FB yang boleh dipercayai sumbernya. Hal ini kerana untuk mendapatkan harga yang kompetetif di setiap platform lebih - lebih lagi usaha untuk mendapatkan design kad tertentu.
Tamu Gold
Bermula tahun 2022, saya mula juga berjinak dengan produk Tamu Gold. Pendapat peribadi saya, Tamu Gold merupakan satu persaingan sihat kategori pengeluar bar emas di negara buat masa ini. Tamu Gold menggunakan SIRIM Hallmark MS 1247:2005 dan National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) sebagai assayer.
Produk baharu seperti Penyu Belimbing ini merupakan contoh persaingan yang baik kerana menampilkan rekaan kad timbul pada beberapa bahagian penyu. Tambah menarik, Pos ArRahnu juga menerima sijil kad bar emas Tamu Gold untuk pajakan tanpa mengeluarkan bar emas daripada kad sijil.
Pajak Gadai Emas di Pos ArRahnu
Saya bersifat setia. Saya menggunakan perkhidmatan pajak gadai di Pos ArRahnu sejak 2017. Perkiraannya mudah. Harga belian semasa x 75%. Itu lah anggaran nilai terimaan. Kadar keuntungan untuk tempoh 12 bulan atau 365 hari bermula dari 0.56. Untuk lebih mudah, anda boleh sahaja layari calculator yang disediakan Pos ArRahnu.
Kini saya ada banyak alternatif samada untuk mengumpul rekabentuk kad sijil bar emas daripada Public Gold atau Tamu Gold, kerana kedua - dua item pengeluar ini diterima di Pos ArRahnu apabila perlu untuk dicairkan.
Jika anda mahukan gram yang pertama dengan harga RM340, boleh sahaja mendaftar dan membeli di Tamu Gold. (Artikel 8 Disember 2023).
0 comments