Seperti cerita motivasi "Asah Kapak Anda", adakala kita perlu berehat sebentar dari kerja yang kita lakukan untuk kita mendapatkan semula "ketajaman". Bercuti menghabiskan masa hujung minggu bersama si kecil pun salah satu kaedah untuk berehat.
Homestay Legasi Sayang | Pontian
Saya dan Ciktom sering menanda di group whatsapp "Jalan - Jalan" tempat bercuti yang menarik pelbagai niche. Bagi percutian singkat kali ini, saya sajikan pengalaman menginap di Homestay Legasi Sayang di Pontian. Tema percutian ini adalah "nature" dan semestinya ada kolam mandi untuk Adira dan Indera berseronok.
Kemudahan Penginapan
Homestay ini mempunyai 2 buah rumah (3 bilik), 1 bilik studio dan 6 buah cabin kontena. Sesuai untuk kumpulan family gathering yang sederhana. Kolam renang betul - betul di hadapan cabin stay. Saya menginap di bilik cabin dengan bayaran RM170 semalaman. Di dalam cabin, terdapat satu katil Queen, 1 katil single, kemudahan pendingin hawa, meja makan 2 kerusi, cermin berdiri, pantry lengkap dengan pinggan, cawan dan peti ais serta toilet.
Kolam Renang
Kemudahan kolam renang yang mempunyai 2 kedalaman yang berbeza. Indera boleh menjejak kaki sehingga dada. Tapi Indera tak tahan sejuk. Sekejap sahaja berendam. Kemudian lari ke atas untuk bermain dengan kumbang dan semut. Kedalaman air untuk kanak - kanak sedang elok dengan Adira. Puas juga Adira cuba menyelam dan berenang.
Kemudahan BBQ
Terdapat juga tempat duduk istirehat di hadapan kabin dan sekitar kolam. Ada juga ruang untuk pengunjung masak - masak BBQ. Di ruangan tersebut,turut disediakan penapis air dengan kemudahan air sejuk dan air panas.
Sekitar
Makan malam dan sarapan pagi kami sekeluarga di Warong Salam, 200m sahaja dari simpang keluar Homestay Legasi Sayang. Untuk anak - anak, semestinya roti canai jadi pilihan. Pada malamnya kami bercadang untuk meninjau Tambak Pontian tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat.
>>Photobook - voucher menarik<<
>>Tumblr Tyeso - tahan panas<<
Sebelum pulang ke rumah, singgah di Reban Pokleh. Terdapat beberapa spesis ayam, kambing, arnab termasuk ayam belanda, angsa, landak dan burung unta! Adira dan Indera sangat teruja dapat mengusap manja arnab yang dibiar bebas tanpa kurungan.
Short Gateway
Percutian kali ini memberi pengalaman berbeza pada si kecil dengan kehidupan desa yang permai dan merasa pengalaman untuk melihat di depan mata haiwan peliharaan yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen dan telefon pintar sahaja.
0 comments