Setelah 4 tahun dengan jumlah milleage pemanduan 57,000km, saya ambil keputusan untuk menggunakan tayar baharu pada kereta Ciktom. Saya menggunakan tayar Toyo Nanoenergy 3 dengan spesifikasi tayar 175/65/14.
Pada artikel sebelum ini saya menyatakan dilema samada untuk menggunakan tayar Advan Fleva 701 ataupun Proxes TR1 pada Civic tapi ternyata kereta ciktom lebih memerlukan tayar baharu. Untuk saiz 14 dan kereta kompak, saya memilih untuk Nanoenergy 3. Sesuai untuk keselamatan, ketahanan, penjimatan bahan api dan kecekapan.[1]. Harga sebiji RM175.00 (bergantung lokasi dan kedai)
3 Sebab Tukar Tayar Baharu
1. Tread Indicator
Tread level setiap tayar berada di dalam longkang tayar. Selagi tread level tu masih belum menyentuh jalan, kira oklah. Last inspection di Perodua Service Center menunjukkan bacaan masih berbaki 3mm. Masih ok sebenarnya tapi saya bukannya hendak tunggu tayar betul - betul haus baru berganti. Lagi pula Ciktom bawa kereta untuk hantar dan ambil Adira ke sekolah. Safety first, right?
2. Tayar Sudah Lama Digunakan
Kalau ikut umurnya, 10 Mei '23 lalu genap 4 tahun kami gunakan kereta tersebut. Dan dalam tempoh tersebut, telah mencatat 57,000km perbatuan pemanduan. Bila tayar diguna terlalu lama tambahan terkena terik matahari, hujan.. tayar mula berubah sifatnya dan tidak lagi kenyal seperti baharu. Kuasa cengkaman juga turut merosot.
3. Simpanan mencukupi
Kalau ikutkan, Ciktom nak tukar tayar tu pada next service dalam bulan November. Tapi bagi saya pula alang - alang simpanan dah mencukupi tukar sahaja yang baharu. Yang kedepan, kita taktahu jadi selesaikan siap - siap berkaitan tayar, kurang - kurang 4 tahun pulak fikir semula perihal tayar.
Tayar komponen Terakhir Kereta Bersentuhan Jalan
Tayar sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Laburlah sedikit masa untuk mencari ilmu supaya dapat memilih dan menggunakan tayar yang tepat untuk jenis kenderaan dan jenis pemanduan. Tak kisahlah jenama apa dan harga berapa, yang penting tayar baharu dan risiko untuk kecelakaan berpunca dari tayar dapat dikurangkan.
Semoga bermanfaat.
0 comments