Just imagine bangun pagi, mata dihidangkan dengan kehijauan sawah padi yang luas terbentang. Anda boleh melakukan aktiviti memancing, berbasikal, bermain layang - layang dan pelbagai aktiviti bebas yang boleh melupakan sekejap kerja seharian anda. Saya berkesempatan bercuti di Desastay Santai D' Sawah dan saya namakan percutian tersebut "The Joy of Escapism".
Bercuti di Desastay Santai D' Sawah, Muar
4 - 5 November 2022, saya sekeluarga sempat menghabiskan cuti hujung minggu di Desastay Santai D' Sawah, Muar. Jarak perjalanan dari Johor Bahru lebih kurang 2 jam (highway) tetapi saya memilih untuk menggunakan jalan lama, mengambil masa 2 jam 30 minit. Anda boleh sahaja memasukkan katakunci "Desastay Santai D' Sawah" di aplikasi peta untuk menuju ke lokasi ini.
Kemudahan Bilik Penginapan
Homestay ini mempunyai dua pilihan. Bangunan utama mengandungi sembilan (9) bilik kalau tak salah dengar la dan ada unit kediaman umpama semi-D (satu bangunan 2 pintu bilik). Saya bersama rakan sekerja memilih untuk menginap di unit semi-D dengan tanda harga RM200 semalaman.
Unit Kediaman 2 pintu Santai D Sawah, Muar
Saya pun tak punya info yang cukup, cuma melihatkan keadaan bilik saya rasa ia unit kediaman yang baru dibina. Bilik bolehlah dianggap spacious dengan 2 katil queen, mempunyai beranda dan kelengkapan dapur memasak serta peralatan barbeku. Cuma di waktu malam semasa menginap hujan lebat dari jam 11, tempiasnya boleh masuk sampai ke lantai bilik.
View unit kediaman dan sawah padi
Kelengkapan Bilik:
- Peti ais
- Sejadah / telekung
- Pemanas air
- Kelengkapan memasak (luar bilik)
- Tilam lipat (tambahan)
Kemudahan Tambahan
Terdapat dewan mini di bangunan utama sesuai untuk majlis hari keluarga kecil - kecilan atau kem motivasi. Terdapat juga kolam mandi mini. Jika kanak - kanak berusia 5 - 12 tahun, cukup untuk 4 - 5 orang. Selain itu disediakan juga layang - layang dan joran pancing bagi yang meminati hobi tersebut. Pengunjung juga boleh melusuri petak sawah dengan aktiviti berbasikal. Berhati - hati dengan penduduk tempatan yang bersiar - siar mahupun bekerja di sawah tersebut. Tapi jangan risau, mereka semua friendly.
Ini lebih kepada aktiviti bagi ikan makan hehe
Lokasi Tumpuan Tempat Makan
Dah sampai di Muar mesti nak cuba makanan tempatan yang mahsyur kan. Lokasi homestay ini berdekatan sahaja dengan tempat makanan tumpuan. Anda boleh mencari asam pedas, mee racun tulang, mee bandung, sate dan jika anda ingin merasai makan santai di tepi sawah, boleh cuba di Cafe Singgahberangin @ singgahsawah homestay. Cafe ini dibuka dari jam 4 petang hingga 11 malam.
The Joy of Escapism
Saya berhasrat untuk bercuti menenangkan fikiran di lapangan padi ini. Jadi saya tidak keluar ke mana - mana selain sarapan pagi di Restoran Hujung Kampung, 3km sahaja dari homestay. Selainnya, saya isikan masa untuk menikmati suasana sawah padi yang tenang menghijau.
Pemandangan matahari terbenam
Pemandangan petang Santai D Sawah
Happiness
Tanah lapang
Fotografi di hujung petak sawah
Pemandangan Desastay Santai D sawah
"The Joy of Escapism"
Potrait kenangan
Pemandangan pagi di jendela bilik.
Info Tambahan:
Blog : Desastay Santai D Sawah
Youtube : Link
0 comments